Nov 25, 2015

HIV Test

Lagi 72 hari. Aku dah mula fikir macam-macam hal.

And kami baru sahaja nak mulakan kerja paling penting untuk big day - sediakan legal document. haha Mai nak habaq sikit experience buat HIV Test yang baru semalam aje selesai.

Senang gila! eh, tapi tak lah juga. Part paling susah adalah nak check kat mana ada buat HIV Test, kena buat appoinment ke tak. haa gitu je la.

Aku dengan MR semalam pergi buat dekat Klinik Kesihatan Tanglin. dekat sini tak payah appoinment, tapi limit untuk 20 orang sahaja. dia start pukul 2:00pm, kami pukul 1:30 dah tercongok dekat situ. semangat kan. heh.

So, datang sana, ambil nombor. First dia akan tanya - "Bawa borang?". Haritu kami ada ambil borang kebenaran nikah KL punya, memang ada borang HIV. tapi disebabkan MR sekarang dia register Selangor, so tak ada borang HIV itu. Tapi jangan panik, nanti nurse tu bagi la borang. hihi

Isi borang - ambil nombor - bagi IC - tunggu nombor dipanggil - bayar RM 1.00 - tunggu lagi nombor dipanggil - serahkan form dekat nurse - tunggu lagi nombor dipanggil - ambil darah dekat jari - isi satu borang sambil tunggu keputusan darah - tunggu nombor dipanggil - ambil borang hantar dekat doktor - tunggu lagi nombor dipanggil - okay dah siap dapat sign - lulus untuk kahwin. hihi

Haaa senang je kan. Cuma banyak kena tunggu dan tunggu dan tunggu. heh. Bagi aku ambil darah dekat jari ni lagi sakit dari kena suntik macam biasa tu, tapi tak ada lah sakit teruk pun. Pedih geli geli aje. Eh!

So, tak payah risau sangat pun HIV test ni, mudah aje.

next step ---- suruh MR settlekan borang nikah sebelum aku boleh settlekan bahagian aku. Yang ni aku rasa tricky sikit. em.

K bai. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment