Mar 5, 2013

Habuk

Fuh! Kalau lah blog aku ni wujud secara 3D, confirm dah berhabuk.

Cuti semester pun sudah habis. Maka bermulalah pengembaraan semester baru di tempat baru, Puncak Alam. Kali ini, aku sudahpun semester 4. Kalau tak ada aral melintang, lagi setahun lagi tempoh belajar aku. Mohon baik-baik sahaja.

Apa macam kampus Puncak Alam?

Bagi aku, keseluruhannya boleh tahan la. Aku pun duduk kolej. Kolej pun selesa. Masalahnya cuma jarak perjalanan yang jauh! Dari kolej nak ke tangga turun ke fakulti jauh, kemudian satu hal lagi nak turun beratus anak tangga tu lagi, jarak kampus ke bandar jauh, jarak nak balik rumah laaaaaagiiii lah jauh! Stress.

Hal tangga tu, nak turun tak ada masalah, nak naik, ketar peha dik oi.

Eh aku pun baru first day turun naik tangga tu. Hihi


No comments:

Post a Comment