Nov 13, 2012

Lama

hai.

sejak dua-menjak. aku makin malas jejak blog buruk aku yang satu ini. entah kenapa.

tiada apa nak diceritakan, mungkin.
tiada gambar, mungkin.
tiada internet, pasti.

jadi kesudahannya, aku taip nama blog ini di ruang carian, log in, baca balik post lama.

sengih-sengih, kerut dahi sikit. mengantuk.

itu sahaja. aku ulang 3-4 kali seminggu.

lama tak taip-taip laju-laju dalam blog ini. dulu, aku banyak membaca. jadi ideanya banyak. sekarang yang aku hadap cuma laman sosial. tweet setiap masa,  facebook selalu. maka, blog ini dibiarkan tinggal. baca segala keluh kesah manusia lain, senyum sinis sikit. padahal, orang baca keluh kesah aku, tergelak terbahak. heh.

hari ni, feel lain sikit. setuju tak kalau aku kata bila update blog sorang-sorang, malam-malam, ditemani bunyi kipas ceiling yang menyanyi sumbang, ayat yang kita buat selalunya akan bunyi baku belaka.

konon sastera.

ceit, podah!

aku harap aku takkan tinggal blog aku lama-lama lagi

harap, harapan lah.

harharhar

Happy Deewali!

1 comment:

  1. Haha..same la kita..berhabuk blog tinggal lama2! :D

    ReplyDelete