Mar 2, 2012

Kedah Review - Let's Get Radical


cerita lama. sudah sebulan berlalu. inilah akibatnya bila kemalasan melanda.

kalau tak silap aku, 26 Januari lepas, kami, pelajar grafik UiTMKT semester akhir bertolak ke Swiss In, Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri review iaitu acara wajib bagi semua pelajar grafik semester akhir seluruh UiTM yang berlangsung setiap semester. selain UiTM Kuala Terengganu, ada juga UiTM Melaka, UiTM Perak dan yang menjadi tuan rumah, UiTM Kedah.

review ini hanyalah untuk pelajar tahun akhir grafik sahaja. seramai 10 orang yang terpilih bagi setiap kampus dan mereka dikehendaki mempersembahkan design-design mereka bagi subject Major Disciplines.

dan aku salah seorang yang terpilih bagi mewakili UiTMKT. sungguh mengejutkan aku! kerana kawan-kawan aku yang lain terpilih sudah diberitahu awal-awal lagi beberapa hari sebelum pergi ke Kedah, tapi aku dapat tahu aku kena present masa baru sahaja sampai ke Kedah malam tu. memang sangat-sangat mengejutkan! aku memang langsung tak prepare sebab rasa diri ini sudah selamat. heh. slide show dan work juga masih lagi belum disiapkan.  rasa cuak, stress semua ada malam tu, dan malam tu juga aku pulun settlekan semua benda sedangkan esok paginya aku nak present -.-"

aku orang ketiga wakil dari UiTMKT present pagi tu, betul-betul lepas berhenti rehat minum pagi. selalunya aku naik stage untuk menari tapi kali ini serius sangat cuak sebab kena present work yang tak seberapa nak megah kepada student yang sama course dengan aku dan surely mereka lagi hebat. haih. tapi alhamdullilah, things went well. buat rugi je berperasaan cuak. heh. komen dari lecturer-lecturer luar pun alhamdullilah sedap telinga ini mendengar.

ini adalah salah satu pengalaman yang menarik aku dapat kutip bergelar pelajar semester akhir Diploma Graphic and Media Digital. dan menjadi salah seorang presenter adalah satu penghargaan buat aku.

3 hari berada di Kedah memang tak banyak benda sangat kami buat kerana sepanjang hari kami ada review. tapi at least dapat tenangkan fikiran keluar dari kampus dan tidur di hotel sedap-sedap. hee.

 
 
 
 
 

2 comments: