Aug 21, 2011

Banyak Kerja


fuhh! lama sudah tidak update blog buruk ni. sibuk dengan assignment yang sangat banyak.

bagi aku, assigment semester ni memang sangat-sangat-sangat banyak. semester pula pendek. project Minor aku, banyak lagi item yang tak buat lagi. tinggal lagi berapa minggu sahaja nak final. itu tak termasuk project Advertising, Animation, Content Development dan Entrepreneurship. masing-masing still ada project yang masih belum diberitahu lagi. haish.

semester ini aku ada satu paper. paper Entrepreneurship. haritu aku dah ambil test midsem untuk subject ni. memang aku tak study sebab nak kejar review Minor. sempat selak-selak beberapa jam sebelum test. alhamdullilah, dengan jawapan tak seberapa, lepas lah juga. cukup makan. pfft~ so untuk final, memang kena study lebih.

apa-apa pun, selamat puasa ke-21. alhamdullilah. puasa aku kali ini biasa saja, cuma kali ini aku pandai berjimat. yeay! tepuk tangan untuk diri sendiri :)

No comments:

Post a Comment