Jul 26, 2011

Update pendek #3


cuti pertengahan semester sudah pun habis, aku sangat ingin kan cuti lagi. sobs sobs. sepanjang cuti ni adalah juga beberapa aktiviti menarik yang aku buat.

#1 - Vacation to Port Dickson. dah cerita dekat post lepas. malas nak ulas panjang-panjang. heh.


#2 - Pergi Floria dekat Putrajaya bersama kawan-kawan baik. seronok dapat gather semua, lagipun dah lama gila tak lepak. since... err, tak ingat. walaupun kejap, tapi aku seronok. tapi malam je badan aku lesu, mula tak sihat.

#3 - bersama budak kecik Mohd Firas Heyqal setiap hari. ada satu hari tu aku kena jadi babysitter for one whole day sebab parents dia dan parents aku sibuk pergi shopping. ppfft -.-

#4 - pergi makan-makan dengan keluarga. makan besar :)

#5 - tengok teater broadway Dreamgirl di Istana Budaya. encik Morphine taja. keh keh keh. aku suka tengok teater, last time aku tengok teater dekat Istana Budaya ni masa tahun 2009 kot. so lame!

#6 - tonton wayang bersama Adik. keluar berdua - perkara yang paling jarang aku buat. dah tentunya tonton cerita kegemaran kami since kami kanak-kanak lagi - Harry Potter and Deathly Hallows Part 2, 3D punya. terbaik! tapi sedih lah HP finally dah sampai ke penghujungnya. sobs sobs.

#7 - jumpa Morphine :)

kali ini paling kurang rasanya aku jumpa Morphine. dia busy with shows. apakan daya. balik je Terengganu kepala terus serabut dengan kerja yang berlambak.

bila nak habis? deym!

No comments:

Post a Comment