May 7, 2011

Tak Pernah Puas

dulu, masa kecik-kecik, umur-umur lima enam tahun, aku budak tadika. tapi masa aku di tadika, aku teringin sangat nak masuk sekolah rendah. kononnya, tadika tak cool, tak seronok. asyik-asyik mewarna, melukis. so lame.

lepas sudah tamat tadika, umur pun meningkat. masuk pula alam sekolah rendah. masa darjah satu hingga empat, biasa-biasa saja. seronok lagi bersekolah di sekolah rendah. tapi bila dah naik darjah lima dan enam, teringin pula nak masuk sekolah menengah. situasi sama macam di tadika. kononnya, sekolah rendah bosan. entah apa yang bosan pun tak tahu. mungkin masa itu hormon-hormon remaja semakin menular dalam badan, jadi konon semakin aku membesar dan sekolah rendah bukan tempat aku dah. cehh!

akhirnya, umur meningkat, dan aku sudah ke sekolah menengah. situasi yang sama di sekolah rendah berlaku. sekali lagi hormon-hormon remaja mula membiak dengan semakin banyaknya. jadi mulalah fikir kononnya sudah besar, cehh! masa menengah atas, teringin pula nak masuk universiti. kononnya masuk universiti sangat seronok. boleh berdikari sendiri, duduk sendiri dengan kawan-kawan, dan macam-macam lagilah benda yang seronok.

jadi sekarang aku di universiti. dalam kepala aku cuma ada dua ;-

cepat-cepat habiskan pelajaran, cepat-cepat cari kerja dan kerja kerja kerja duit duit duit.

atau

mahu kembali ke zaman sekolah, zaman kecik-kecik.



fuhh~ jadi aku memang tak pernah puas. sudah dapat apa yang diinginkan, tapi mahu lagi benda lain. bukan apa, jadi pelajar universiti bukan lah seindah yang disangka. percayalah cakap kakak ni wahai adik-adik. jadi pelajar universiti tak seseronok di sekolah. kerja harus berjalan, jika kerja tak berjalan, maka anda jalan lah pulang tanpa membawa sijil kebanggaan. kalau zaman sekolah, kerja tak siap, apa ada hal. heh. cerita pasal berdikari pula, jadi pelajar universiti kita dibawah tanggungan ibu bapa, jadi benda paling berat untuk dilakukan adalah untuk meminta wang dari ibu bapa. susah tau!

okay okay, senang cerita, jadi orang dewasa sebenarnya tidak lah seindah angan-angan kita masa kecil-kecil dulu. makin meningkat umur, makin meningkat masalah, makin terbeban bahu.


kalau masa boleh dibeli, aku mahu beli masa aku zaman sekolah menengah. zaman sekolah menengah adalah zaman yang paling seronok sekali!

No comments:

Post a Comment