May 6, 2011

Oh Yeah!

akhirnya, layout / reka letak blog aku berubah setelah sekian lama tak berubah. header pun sudah bertukar.jadi ini adalah header lama, serta reka letak yang lama ;- 



yang lama punya jenis dua columns. background putih bersih. header pula kasi bright pink, guna typo yang simple, kukuh dan kegemaranku - Helvetica. dah lama-lama tengok, macam bosan pula layout ni, jadi, aku telah tukarkan jadi ini ;-


taraaaa~ meskipun aku tidak suka buat illustration, tapi aku suka doodle-doodle. eh tak sama kan? heh. header aku tu, aku telah mendigital doodle muka, kononnya represent aku. tapi tolong jangan percaya, sebab mukaku bukanlah secomel itu. ceh. rambut aku memang ada wavy sikit, panjang paras bahu, color rambut dark brown, itupun sebab " air karat ". ppfft~ mataku tak sesepet itu, cuma memang aku sukakan mata sepet, jadi dalam doodle je lah mampu. kira okay lah tu kan? heh. pipiku tak segebu itu juga, cuma aku memang suka merahkan pipi aku. heh. kali ini, aku guna typo ala-ala typewriter meskipun zaman sekarang dah tak guna dah typewriter ni. aku tetap maintainkan color pink-pic, sebab bagi nampak sikit kegadisan empunya blog. cehhh!


pasal column pula, kali ini aku guna single column. tapiiiiii.... ada masalah sikit. cuba tengok gambar diatas. nampak tak apa masalahnya? okay, semua info-info aku letak dekat tempat paling bawah blog ni, atas alasan kononnya supaya kau-kau semua scroll sampai bawah. tapi apa yang aku tak suka, dia macam semak sikit. tak teratur, tak sama, tak harmoni. haihh~ apa boleh buat, tunggu beli domain sendiri, baru design sendiri the whole blog. berangan lah kau AimanNabilah~

okay suka ke tak? sila suka cepat! babai.

No comments:

Post a Comment