May 15, 2011

Simbah Asid


sekarang sibuk kes simbah asid. yang paling teruk sekali yang simbah asid dekat random peoples. apa kes? mangsa kebanyakkan kaum Hawa. alahai~ aku tak faham apa motif penjenayah-penjenayah ini. ada beberapa spekulasi. mungkin penjenayah celaka ini buat hanya kerana suka-suka atau mereka pernah disakiti oleh kaum Hawa?

entahlah.

yang aku tahu, mereka memang tak ada akal untuk fikir, tak ada sivik, tak berperikemanusiaan. agak-agaklah, ini orang yang tak ada kena-mengena dengan hidup kau, kau sakitkan. haih

kalau aku dapat penjenayah-penjenayah ni, aku nak panggil semua mangsa-mangsa yang kena simbahan asid ini, simbah dekat mereka pula asid. sorang segayung asid pun cukuplah, asalkan si penjenayah celaka dapat rasa apa mereka rasa.

tapi nasib baiklah aku baca surat khabar tadi, kita tidak boleh hukum penjenayah-penjenayah ini sendiri. jadi, bagi siapa-siapa yang jumpa dan dapat tangkap penjenayah ini, jangan lah menghukum sendiri, kita ada akal, jangan samakan kita dengan penjenayah celaka ni.

sekian terima kasih.

//aku rasa sistem pembelian cuka getah yang kebiasaannya dijadikan asid ini perlu dinaik taraf. mungkin buat rekod bagi sesiapa yang membeli ke?

No comments:

Post a Comment