May 22, 2011

Perlis - Hat Yai.

 amaran: ini post panjang sarat dengan gambar-gambar. jadi bawa bersabar kerana anda akan panas hati dan panas punggung jika internet anda sangat-sangat slow.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 terima kasih kerana bersabar. :)

cerita dah lama berlaku, jadi malas nak cerita panjang-panjang. 16Mei2011 lepas aku pulang ke kampung aku di Perlis dan seterusnya ke Hat Yai melalui Bukit Kayu Hitam dan Danok.

Hat Yai macam mana? 

biasa saja. cuaca masih sama macam negara kita, bangunan-bangunan juga sama kecuali wire-wire yang berselirat di atas, bagi aku ia sungguh klasik. shopping seronok, sebab lebih murah! jadi kalau nak datang sila bawa duit yang banyak, nanti takdela menyesal bila dah pulang. aku pergi sehari saja. makan dekat sana, pedas dia memang aweeessoommmeee ! aku dah lah tak makan pedas, memang best lah. sekali suap, lima teguk air aku minum. pfft~

bahasa pula macam mana?

susah juga. kerana kebanyakkan tak pandai bertutur bahasa inggeris. pandai-pandai lah nak tawar menawar, ibarat ayam dengan itik. guna bahasa isyarat saja. apa-apa pun aku puji lah, sebab mereka sangat memartabatkan bahasa mereka. dari segi pengiklanan, signboard mereka gunakan bahasa mereka.bagus!

mula-mula aku sampai sana aku dengar seorang Perempuan cakap dalam bahasa Thailand. tiba-tiba aku teringat cerita hantu Thailand. seramm~   =__='

sekian saja laporan. terima kasih.

//panjang juga lah kiranya aku cerita. ppftt~


1 comment: