Apr 17, 2011

saya sedang final, jadi saya sangat sibuk.

final final final final.

final sedang menyerang jiwa raga aku.
selajunya darah yang mengalir.
menikam, merobek, merogol minda aku, hati aku.
sampai aku lemas tiada nafas.


ppfftt~ okay mengarut. tapi aku memang lemas dengan final. memang aku cuma ada satu paper sahaja untuk final, iaitu paper History of Malaysian Contemporary Art. tapi kerja aku, mak aih berlambak! aku risau! aku cuma ada 200 jam untuk siapkan semua kerja. mari aku listkan kerja aku mengikut priority.


1. Food Packaging Done!
2. Website Design ( working with Flash )
3. 5 Pages of Comic
4. Creative Ads - 3x
5. Tshirt Design
6. Brochure
8. Point of Purchase ( by group )
9. Design Cost ( by group )
10. CD Cover

hah, banyak tak? sikit? mai tolong aku buat tengokkkkkk. sigh. kerja kumpulan pun tak senang mana. cabaran tau nak gather lelaki perempuan at the same time. kolej kami bukan dekat. jadi sekarang, aku rasakan macam tak sempat nak siapkan semua.

"YA Allah, kuatkan aku hambamu ini hadapi ujian Mu, agar semuanya berjalan dengan lancar. Aminn."

badan aku pula dah mula buat hal. tekak sakit macam aku telan kaca, badan panas dan sengal-sengal, mata berair. tolonglah jangan demam time ni.

project April aku pun tertunda, nantilah ya.

doakan supaya segalanya berjalan dengan baik. terima kasih :)

2 comments: