Mar 21, 2011

Perlawanan Karate pertama saya


aku baru sahaja masuk karate semester ni. training pun seminggu sekali. itupun aku selalu je ngelat, ponteng training. aku masuk karate pun saja suka-suka. nak kata minat, tak adalah minat sangat pun, nak kata tak minat, tak adalah tak minat sangat. separa-separa. minat sebab boleh tumbuk orang kot. heh. kejam!

aku pun baru balik dari UUM Kedah. untuk tournament karate aku yang pertama! gila lah! aku tak pernah join sport sebelum ni. time sekolah adalah, itupun olahraga. bidang utama yang aku join adalah tari-menari, muzik-muzik ini adalah. sport ni, memang aku tak minat pun. tapi sebab nak juga rasa ada buat sesuatu dekat UiTM ni, jadi aku pun join lah tournament ni. gila betul! training sebelum pergi bertanding berapa kali je! aku sibuk dengan hal-hal lain. aku rasa, bulan ni, aku pergi training sekali je. heh. memang tawakal je pergi.

budak-budak UUM memang power. stamina diorang pun kuat. aku, tiga minit dalam gelanggang, dah macam tak ada nafas. serious! penat weh! dengan keadaan aku yang tak berapa nak sihat dalaman ni. haih. apa-apa pun, seronok juga pergi karate ni. tak rugi sangat pun aku tak dapat pergi ikut kawan-kawan class yang lain pergi outing ke KL. tapi rugi sikit je. takpe, sikitttt je. heh. alhamdullilah, dapat juga bawa balik medal. satu gangsa, satu emas. gangsa untuk kategori individu, emas untuk kategori team. gangsa tu aku tak tau lah bila masa aku menang. heh. yang emas tu, for sure lah boleh menang sebab aku gabung team UUM. orang-orangnya pun power belaka. hee.


okay, selesai pasal karate. esok nak ambil gambar untuk Asean Textile pula. phuhhh~ penat! T_T

No comments:

Post a Comment