Feb 20, 2011

Teater


teater memang tak ada kena mengena dengan. okay, aku rasa tak patut bebel panjang-panjang. straight to the point.

malam kelmarin dekat kampus aku ada teater. teater yang dipersembahkan oleh pelajar UiTM Dungun. dekat sana memang tak ada course seni persembahan ke, teater ke, jadi yang buat persembahan itu adalah peminat seni teater semata. mungkin. aku pun bukan kenal mereka. teater yang dipersembahkan adalah bertajuk Makhamah. jadi ceritanya mestilah pasal situasi dalam Makhamah. mulanya aku ingat cerita ini cerita jenis serius, yang kerut dahi, tapi sangkaan meleset. Makhamah adalah cerita yang sangat kelakar dan ringan. pelakonnya pun bagus-bagus juga walaupun tahap amatur. hmm. aku rasa, lawak paling kelakar adalah lawak spoof. err contoh macam kita tiru ayat-ayat dari filem-filem yang terkenal ke. teater Makhamah ni pun ada juga tiru ayat filem terkenal. kelakar habis!  but in the end, i still got nothing. terkeh-keh je lebih. heh.

kemudian, malam tadi, aku pergi tengok dramatari di Taman Budaya, Kuala Terengganu. dramatari tersebut bertajuk Geliong. kisah raja-raja. malas aku nak taip sinopsis dekat sini. maaflah. dramatari ini juga dipersembahkan oleh pelajar UiTM Terengganu which is combination of UiTM Dungun dan UiTM Kuala Terengganu. tidaklah teruk mana untuk taraf amatur. tapi tengok orang-orang menari tadi buat jiwa aku tak tenteram. aiceh! rindu nak menari! huargghh!

 *maaf, gambar sangat lah terkurang kualitinya.

hah, tadi ada orang cakap dekat Facebook. katanya, dia tidak percaya gadis moden macam aku suka kan seni tradisional. hee. tak salah pun nak sukakan seni tradisional kita. cantik lah seni kita. orang barat sana mana boleh buat. kita je boleh buat seni diorang. tapi berpada-pada lah. aku bangga dengan seni tradisi Melayu kita. kau kau semua, macam mana?

1 comment:

  1. we have same name and same interest... cool.. (^_^)

    ReplyDelete