Feb 17, 2011

Saya dah 20 tahun!

alhamdullilah. sampai juga umur aku 20 tahun :) pejam celik pejam celik, usia pun bertambah. heh. dulu kosong tak tahu apa-apa, sekarang sudah mampu berdikari sendiri. no more 'teens' ye AimanNabilah. jangan berangan! jangan senang-senang hati jawab umur 19tahun bila ditanya.

alaa, apa ada pada umur. umur banyak, tapi kalau jiwa maintain ceria nampak muda lah juga kan? heh. tapi aku suka juga nombor dua ni. nombor dua adalah nombor kegemaran aku selain tiga belas dan sepuluh. heh. comel je rasa. okay perasan!

i think i'm matured now.

okay perasan lagi! sila muntah ye! tak,tak. maksud aku, i think i should act matured now. hah, baru betul. jangan nak kebudak-remajaan sangatlah. jaga manners, jangan nak kah-kah-kah tak hingat dunia. fikir betul-betul sebelum buat keputusan atau ambil tindakan. don't be stupid. ecececehh!

sikit tahun lagi aku habis belajar lepastu sambung lagi, dan lagi sampai yang terdaya. sikit tahun lagi cari jejaka yang sudi jadikan aku isteri. sikit tahun lagi ada anak. mak aih! jauh benorr fikir tu. berangan lebih!

hmm. kali ini adalah kali pertama aku tak menyambut hari lahir aku dengan orang-orang yang paling aku sayang dan cinta, family aku. sejak aku dihahirkan, aku tak pernah missed untuk sambut dengan mereka walaupun hanya sekadar jalan keliling kota. ini kali pertama! sedih lah juga. ini juga kali pertama aku tak sambut hari lahir aku dengan Mr Morphine setelah enam tahun bersama. wuwuwuwu! sedih! ikutkan memang lah boleh balik sebab aku tak ada class since hari selasa, tapi terikat dengan itu ini, aku abaikan saja niat tu. nasib lah awal bulan tiga nak balik. yeay!

sambut dekat kampus memang tak ada apa, tapi aku tetap happy bila ada kawan-kawan keliling aku ingat tarikh lahir aku walaupun kalau tak silap aku baru je kami rapat. terima kasih ya wahai kawan-kawan. anda tahu siapa anda! anda membuatkan saya happy, tak tension bila bersama :)

oh ye, aku dapat hadiah. nak tahu? hadiah ice! ciss! mentang-mentang aku dok makan ice. hee

4 comments: