Feb 16, 2011

Cuti - Hari Menghiburkan Diri Sendiri

 
semua pun tahu yang semalam adalah cuti umum. jadi semalam adalah hari aku menghiburkan diri sendiri. konon menghiburkan diri untuk hari lahir yang bakal menjelma. heh.

satu hari sebelum dah planning nak pergi Secret Recipe. makan besar. terima kasih Abah dan Mama sebab bank in duit lebih supaya saya dapat celebrate hari lahir sendiri. heh. jadi, semalam aku dan sembilan orang lagi kawan kelas keluar ke Secret Recipe. hari hujan sebenarnya, tapi disebabkan teringin sangat makan besar kami keluar juga.


sampai sana apa lagi, oder sakanlah. menu pilihan aku Chicken Gordon Bleu, Ice Chocolate with Whipped Cream dan Alphabet Fries. bagi aku biasa-biasa je. tapi memang kenyang lah juga. yang paling seronoknya ialah pergi makan dengan kawan-kawan. terima kasih ya wahai kawan-kawan kerana sudi meneman.

 
yang merah-merah tu aku punya menu, yang lain-lain kawan-kawan punya.

lepas dah makan-makan kami ke Giant. karaoke time! aku bukan lah suka sangat nak berkaraoke, tapi disebabkan hari semalam adalah hari menghiburkan diri, jadi exited lebih sikit nak karaoke. lepas dah karaoke hampir satu jam, kami pergi shopping. beli barang-barang kegunaan diri sendiri.

balik-balik je badan penat gila. mengantuk! tapi apakan daya, terpaksa pergi meeting pula. apa-apa pun memang aku seronok gila. terima kasih kawan-kawan sebab buat aku happy hari ini :)

- Taufik, Is, Haezzah, Mumu, Ama, Zartiey, Anoe, Husna, Ayu.



last but not least,
R for moRphine. heh. ;p

No comments:

Post a Comment