Feb 3, 2011

i'm specky girl now :)


wahai pembaca semua, dengan ini saya mengumumkan, saya sekarang budak-perempuan-berkacamata-rabun jauh-bajet hot. okay, buang yang bajet hot tu.

hah, ini dia saya nak tunjuk spec baru saya dengan bangganya pilihan Ayah Bonda. lagipun mereka yang taja setelah sekian lama aku adukan kekaburan mataku. apa pendapat kau kau semua? kacak kah spec itu? atau hanya so-so je? kejap-kejap, kau kau semua rasa sesuai tak bentuk kacamata itu dengan bentuk muka ku yang comot lagi buruk ini? komen jujur diperlukan. tapi apa-apapun aku sangat puas hati dengan spec ini. terima kasih Ayah Bonda.

hmm.

apa eh lagi aku nak update? jujurnya aku telahpun ketandusan idea untuk meceritakan apa-apa. kawan aku ada komen, blog aku semakin tidak berseri dan seindah dahulu. cehh, macam lah indah sangat dulu. heh. tapi betullah, semakin hambar je aku tengok.

okay, ada idea. tapi cerita tak panjanglah. cerita pasal permulaan aku pakai spec / kacamata rabun jauh.

dulu kan time sekolah rendah ada orang datang check mata dekat sekolah, aku pun pergilah check mata dengan seronoknya. bukan apa, time-time ada aktiviti macam tu kan kelas dibatalkan. mestilah seronok. heh. lepas dah check, aku pun dapat surat untuk ditunjukkan ke Bonda. dalam surat itu, ada dikatakan yang aku rabun sikit dan silau yang tinggi. jadi bonda tak buat lah spec untuk aku sebab mata aku masih jelas dan tak punya masalah semasa belajar.

naik je sekolah menengah, aku dah mula aktif menari dan perform. well, kalau duduk atas stage tu, sportlight memang tak hengat dunia! terang gila! memandangkan aku pula punya silau yang memang sediakalanya tinggi. tapi setakat ni, tidak lagi mengganggu aktiviti menari dan belajar aku. cuma kadang-kadang pening lah sikit.

start dari aku tingkatan tiga, rezeki aku makin mencurah-curah, maka semakin banyaklah aku menghadap sportlight. jadi aku pun buat keputusan untuk buat spec*masa tu masyuk duit show*. spec pertama aku berbingkai pink memandangkan aku suka sangat dengan warna pink. tak silap aku ada gambar dalam blog ni, jadi rajin-rajin lah mencari ya. bila spec dah siap, aku bukan pakai mana pun. pakai waktu nak belajar je, sebab aku tak selesa. yela, mana biasa pakai spec kan. selepas beberapa tahun guna spec tu, spec tu pun hilang entah kemana.

sejak akhir-akhir ni, kekaburan aku semakin bertambah. kalau drive waktu malam memang sangat lah mengganggu. mesti kena kerap kelip mata, sebab silau dan rabun. tapi rabun aku tak jauh manalah. cuma 50 je kalau tak silap aku. silau je tinggi dalam 70-80. tak perasan. tapi bagi siapa-siapa yang dah biasa pakai spec memang akan cakap, "sikit je tuh". heh. tapi aku memang tak gemar pakai spec. sunglasses pun bukan selalu aku pakai. rimas lah. tapi sejak dah buat spec ni, semakin kerap lah juga aku pakai. sebab nak jaga mata, dengan harapan tak akan bertambah lah power mata aku. nanti terlebih power pula kan. heh.

bagi aku, antara punca aku rabun dan silau adalah suka sangat push mata kalau letih, lepastu suka main Wonderwords, yang kecil-kecil pun aku main juga, lepastu macam aku cakapkan tadi, sportlight, dan yang paling utama, menghadap komputer tak ingat dunia. heh.

okay sekarang aku rasa aku kena rehatkan mata. nanti sakit. heh.

bye!

4 comments: