Jan 21, 2011

Masa kecil-kecil

kali ini aku nak cerita tentang aku masa zaman-zaman hingusan. zaman sekolah rendah lah lebih tepat. heh. mana nak mula ni eh? aduhai.

dulu kecil-kecil, masa darjah satu sepatutnya aku disekolahkan di sekolah cina memandang kan aku tadika di tadika cina. tapi entah apa masalahnya, aku dihantar di sebelah sekolah cina. nama sekolah tu Sekolah Kebangsaan Kajang. agak jauh dari rumah aku, jadi setiap hari mama lah hantar pi sekolah. aku pergi sekolah pakai pinafore. kalau tak tahu google sekarang! rambut aku masa tu panjang dan lurus, jadi rambut di ikat dua, satu kiri, satu kanan. masa tu memang aku minat gila Sailormoon jadi rambut aku pun ala-ala Sailormoon juga lah. tak tahu juga? google lah weh! aku tak banyak karenah pun masa kat sekolah. cuma aku memang garang gila weh. aku jadi ketua darjah, budak lelaki jadi penolong. kalau aku jaga class, memang siapa yang bising kena cubitlah dengan aku. class pun nanti senyap gila. heh. garangkan aku? seronok jadi ketua darjah time tu, sebab nanti cikgu suruh masuk ofis ambil kapur. well, masa kecil-kecil, mesti ah teringin nak masuk ofis kan? satu lagi leh tunjuk kuasa sikit. kejam. paling best, masa tu aku terpilih untuk jadi ahli gimnastik sekolah tu. gila best! ni sedikit sebanyak permulaan aku melibatkan diri dalam bidang seni-seni ni. aiceh.

masa darjah dua aku kena pindah sekolah, Sekolah Kebangsaan Sri Jelok. dalam taman aku je, but still mama yang hantar pergi sekolah, rempit naik motor kriss. oh ya, bestfriend aku yang si Shafiq tu lah kawan sekelas aku masa darjah dua. heh. lepas tukar sekolah tidak ada lagi aktiviti gimnastik. aku jadi seorang budak biasa yang sangat nakal, yang kawannya hampir semua lelaki, yang baju sentiasalah comot, yang degil tak ingat dunia. memang pun. mana taknya, aktiviti petang-petang lepas balik sekolah panjat pokok lah, main ronders lah, main gelongsor guna kotak kat bukit lah. sukan ekstrem beb. memang aku tak retilah duduk rumah main anak patung. cuma kadang-kadang gedik juga lah main masak-masak dan main Playdoh. best weh main Playdoh tu. boleh buat kek, aiskrim, donut. macam-macamlah! masa darjah dua ni juga lah aku start menari dekat sekolah. masa tu untuk show Hari Guru, lagu hindustan dari cerita Maan, pakai baju brand Soda. kalau tak silap aku, time tu brand Soda murah gila kot, sekarang mak aihh, dah mahal.

jadi hidup aku time sekolah rendah diteruskan macam biasa. berkawan dengan budak lelaki kebanyakkannya, belajar tak rajin mana tapi aku sentiasa top 10, suka main sukan, sentiasa panjat pokok mangga lepas balik sekolah, petang-petang main dekat padang dan macam biasa gelongsor dekat bukit, kalau hujan mesti main hujan tak ingat dunia sampai kena piat telinga, suka main api dengan adik malam-malam, pergi tuisyen ada budak lelaki tolong boncengkan dan jadi penari sekolah. seronok gila life walaupun aku selalu je kena marah dengan mama sebab badan selalu luka-luka. heh.

start darjah enam dah okay dah. tak nakal sangat. dah tak ada panjat pokok dan main gelongsor bukit. cuma suka lepak malam-malam depan rumah dengan kawan-kawan. borak tentang itu ini. bergayut telefon, tapi masa tu pakai telefon rumah je. budak lelaki yang selalu boncengkan aku tu pun selalu lepak dengan aku dekat depan rumah. memandangkan dia pun sebenarnya kira saudara jauh dengan aku. rindu plak nak lepak dengan dia, nama dia Ashraf. dia garang dengan aku dan banyak peminat dekat sekolah. tapi aku panggil dia "chipsmore" sebab dia banyak tahi lalat. heh. lagi satu budak lelaki yang paling aku ingat masa sekolah rendah adalah budak comel rambut pacak-pacak. heh. betul comel weh dia, atlet sekolah pula tu. nama dia Faiz, dia selalu bagi aku hadiah, gelang lah, rantai lah, paling banyak surat lah. heh. tapi tak sempat sampai UPSR, dia pindah. benda last yang dia bagi adalah purse kulit. sekarang aku tak tau dia hilang mana, Ashraf tu aku perhati dari jauh jelah sebab rumah pun dekat je. sekarangkan dah besar, jadi macam segan sikit. aktiviti menari aku diteruskan. tapi masa tu tak dapat formal lesson lagi. menari cap ayam je. heh.

karang kalau aku cerita lagi, tak terlarat kau-kau nak hadap. baik aku berhentikan kat sini je. konklusinya, aku seorang budak yang betul-betul menikmati waktu kecil dengan melakukan apa saja benda yang aku nak. dan seperti biasa, aku memang tak suka sangat belajar dekat sekolah. heh. subject kegemaran aku adalah Bahasa Malaysia, Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik. yang lainnya memang aku so-so je lah. hidup masa zaman kanak-kanak memang seronok, kita boleh buat apa saja yang mengarut tanpa rasa segan silu. contohnya macam main lari-lari dalam mall. hehe.

p/s : juling mata nak baca ;p

1 comment:

  1. AHAHA aku pun nak ada entri mcm ni jugak lah. rasa seronok baca entri kau ni, teringat cerita aku sndri pulak.

    lgpun aku pernah jd clss monitor mcm kau jugak, cuma aku lg ekstrem. aku pun pernah gimnastik jugak. aku pun pnjat2 pokok jugak. aku pun boncengan basikal jugak. mak aih, rindunyaaaa!

    ReplyDelete