Dec 16, 2010

Make Up


aku memang suka main make-up. bukan main make-up macam make-up kan baby doll atau apa-apa patung, tapi aku suka conteng muka aku dengan make-up. mungkin sebab Bonda seorang jurumekap, jadi adalah turun sikit-sikit minat make-up tu kot.

aku akan buka box make-up kepunyaan Bonda dan rembat make-up yang ada dalam tu. kemudian mulalah aku menconteng muka aku. selalunya aku main make-up ni waktu-waktu aku sedang bosan gila atau bila ada perasaan nak conteng muka atau nampak cantik. syok sendiri, depan cermin sahaja. 

aku start tahu pasal make-up ni sejak aku menari, masa tu sekolah rendah lagi, dalam darjah empat kot. tapi masa tu tak pandai make-up sendiri, cuma aku kenal lah apa itu mascara, apa itu eye liner dan segala sebab Bonda selalu mekapkan aku kalau aku kena perform. sejak aku menari secara serius, iaitu masa umur aku 13 tahun, aku dilatih untuk make-up sendiri. bila nak buat show jangan harap lah ada orang nak tolong make-up! jangan ingat diva sangat lah! heh.

aku bukan pandai mana pun make-up, cuma aku suka cuba. kalau aku keluar pergi jalan-jalan pun aku cuma pakai eye-liner, mascara dan lip-gloss je. nak make-up heavy atau grand-grand hanya ketika perform, ada event macam dinner atau make-up syok sendiri kat rumah.

okaylah, mai aku bagi tips sikit apa yang aku tahu tentang make-up dan apa yang aku selalu buat.

1. sebelum pakai make-up, pastikan muka sudah pun dibersihkan dan sudah pun memakai pelembap muka. ini paling penting supaya kulit dilindungi. cara nak memakai pelembap muka pula adalah dengan menyapunya naik ke atas. bukan ke bawah atau ke kanan, ke kiri.

2. bedak adalah benda paling asas dalam make-up, jadi pilihlah bedak yang sesuai dengan muka kau-kau semua. kalau boleh jangan terlalu cerah dari kulit asal, kalau tidak, kau-kau semua akan kelihatan memakai tepung di muka. cara sapuan bedak ataupun foundation pula adalah ke bawah.

3. aku gemar memakai bedak jenis two-way-cake atau senang cerita bedak yang boleh dijadikan foundation nipis. apabila memakai bedak jenis ini, aku akan membasahkan sedikit span sebelum memakai bedak ke muka. aku juga suka bedak yang sangat natural atau sedikit gelap dari muka. bukan apa, aku tak suka muka aku dilihat memakai bedak. heh. buat masa sekarang, aku memakai Pixy ( tropical beige ) dan aku memang puas hati dengan bedak ini.

4. apabila mahu memakai eyeshadow, tolong pastikan kemana tempat yang kau-kau hendak tuju. maksud aku, adakah tempat itu berhawa dingin, atau pun kau kau akan pergi bersiar-siar di taman. jadi pemilihan colour eyeshadow penting. untuk ke tempat yang panas dimana kau-kau tahu kau-kau akan berpeluh, elakkan memakai eyeshadow terlalu tebal dan berwarna gelap, kerana muka nanti akan kelihatan comot.

5. untuk eyeliner dan mascara pula, aku sarankan beli yang waterproof. manalah tahu, nanti ada adegan nangis-nangis ke atau kena air dekat mata. tidaklah comot.

6. jangan takut untuk blend kan blusher dengan dua warna yang berbeza, asalkan kedua warna itu harmoni.

7. sapukan sedikit bedak di atas bibir sebelum memakai lipstik kerana ini akan membuatkan lipstik kekal lebih lama.

8. apa-apa pun, practice make perfect. rajin-rajin lah practice make-up dirumah kalau mahu make-up kau-kau semua cantik dan kemas.

okay, itu antara tips-tips yang aku boleh bagi. yang lainnya, boleh je research dekat internet. lagipun tutorial make-up berlambak kat internet ni. ingat, kita make-up untuk cantik, bukan untuk nampak macam badut! :)


aku suka style 50s-60s punya eyeliner.

1 comment:

  1. mmg ah ko suke style 50s-60s tu....
    muke ko muke org zaman tu....kenelah....
    hehehehehehehe....

    ReplyDelete