Aug 24, 2010

Zaman dulu-dulu

teringat sambut ramadhan zaman dulu-dulu. masa aku masih lagi di tadika. seingat aku, aku sudah belajar berpuasa masa umur 5 tahun mungkin. tak berapa nak ingat. masa tu belum tahu sangat apa itu puasa. kadang-kadang puasa setengah hari je. biasalah, dah nama pun budak-budak. tapi mama dan abah tak pernah bagi ganjaran bagi hari puasa. mama dan abah suruh puasa sebab rukun islam, bukan sebab ganjaran RM1 satu hari misalannya.

masuk sekolah rendah lain pula halnya. aku cukup exited bila nak dengar pengumuman puasa. bukan apa, bila puasa boleh buat alasan tak larat pergi sekolah. lagipun, masa puasa aku tak sabar tunggu raya. sebab boleh cuti panjang.masa berpuasa pula kadang-kadang bila tak tahan, buat alasan sakit perut lah, dah tak larat sangat lah. padahal dapur seakan memanggil-manggil. ah, tipu. alasan sahaja. waktu aku darjah lima, kalau tak silap aku, aku dan kawan-kawan ponteng puasa beramai-ramai. yang menariknya, aku dan kawan-kawan siap buat kuih raya. pattern kuih masing-masing. al-maklumlah, masa tu lepak rumah dia, mak dia pula bekerja. tepung-tepung untuk buat kuih semua ada. memang kelakar masak kuih. ini sedikit sebanyak menunjukkan aku sudah belajar memasak sejak zaman sekolah rendah. bila hari Ahad mesti pergi surau sebab ambil bubur lambuk. memang terbaik. kesukaan aku masa bulan ramadhan ni. lepastu, bila dah petang, mesti wajib pergi bazaar ramadhan. paling-paling pun beli kuih-muih. lepas berbuka pula mesti ramai-ramai pergi surau jalan kaki, solat tarawikh. seronok! solat berapa rakaat je, yang tak sabar nya tunggu moreh. haih budak-budak. sahur pula jangan cerita. memang aku tak liat sangat bangun. sebab nak makan kan. tambahan lagi kalau mama masak nasi goreng planta dengan telur masak kicap. kesukaan aku time bersahur! huishh sungguh mengoda. terus celik mata aku kalau terbau mama masak macam tu.

masuk sekolah menegah pula, puasa tak jadi satu masalah. macam biasa, aku masih lagi exited untuk tunggu pengumuman puasa. seronok duduk depan tv, sambil dengar pengumuman tu. macam esok nak raya je. ceit! bazaar pun masih lagi jadi kebiasaan. kadang-kadang pergi berbuka dan bersahur kat luar, kat restoran-restoran. nak makan lain dari lain kononnya. masuk sekolah menegah tak ada lagi ponteng puasa ramai-ramai. kalau ponteng pun senyap-senyap sahaja. malu. lagipun kawan-kawan sekolah rendah dulu dah tak rapat sangat. biasalah, masing-masing dah berpisah kelas/sekolah. rasa macam kekok. kalau pergi solat tarawikh pun pergi dengan mama sahaja. dah tak pergi dengan kawan-kawan.

sekarang aku di universiti. sem ni, kali kedua aku sambut ramadhan di kampus. pertama kali dulu masa aku sem satu. berpuasa di kampus sangat berbeza. juga sangat tidak best. bukan apa, kalau duduk rumah boleh makan masakan mama tapi di kampus, asyik-asyik berbuka makan makanan yang beli depan kampus. kalau sahur lagi lah sadis. memang tak ada makanan. mee segera je jadi santapan. bagi aku yang bukan penggemar mee segera akan makan biskut sahaja. sungguh sadis. pergi bazaar pun leceh. ramai orang. rasa macam dah tak exited. yela, otak fikir assignment je. masa kecil-kecil dulu mana ada banyak benda nak fikir. haishh.

nanti, beberapa tahun lagi, bila aku bukan lagi pelajar, mesti aku akan update tentang post begini.

zaman dulu-dulu :)

1 comment:

  1. puasa dekat kampus tak best..
    macam hambar je.

    dan banyak tambah dosa. haha

    ReplyDelete