Jun 2, 2010

Youth Festival, 2010.

Jumaat lepas, aku pi PWTC. pergi Youth Festival 2010. aku memula pergi dengan adik aku je. tapi dah sampai tren Ira dengan adik dia, Tini nak ikut. takpelah, lagi ramai, lagi bagus kan. sampai PWTC dalam pukul dua lebih macam tu. ramai gila belia-belia. then sampai PWTC settlekan Ira dengan adik dia dulu sebab depa tak register pass. terpaksalah beli pass lima ringgit. lepas dah settlekan depa, aku pula pergi ambil free pass aku dengan adik aku. then jumpa Ash, kawan Superman aku. malam tu memang ada bincang ngan Ash pasal nak pi Youth ni, tapi rasanya tak ada pun plan nak lepak sama. alang-alang dah jumpa kat PWTC, kami pun lepak lah sama.

meriah sungguh. aku suka! macam aku pernah kata, aku suka pergi tempat ramai orang. tengok booth-booth pun meriah-meriah belaka. singgah kat satu booth ni, ada display patung yang kecik-kecik tu, apa entah nama dia. aku suka gila! mana nak cari ye? aisehh. then dah lepas tengok booth-booth, kami pun pi dekat stage battle of the band. tengok Dichi Michi perform. aku mengharapkan depa main lagu Realiti dan Fantasi, tapi depa tak main pun. lepas tengok Dichi Michi hujan lebat pulak. berlari kami masuk dalam. pi section Lah-Lah land. huishh. rambang mata aku tengok semua tu. malangnya nasib duit tengah tak ada. tahun lepas pun macam tu juga. pergi Youth tapi tak ada duit. haish!

then tunggu sampai malam. sebabnya nak tengok Sharpshooter, Tilu, Joana and Co, Azlan and the typewritter, Noh. ini kali pertama aku tengok Tilu and Joana and Co. lagu-lagu Joana and Co aku dah biasa dengar, Tilu aku baru je dengar terus jatuh hati. suka aku pada musiknya. tengah-tengah tengok depa perform, teringat pula yang tahun lepas punya. bila ada Dia, semuanya jadi lagi best! 

dah habis tengok semua, balik. kelaparan sebab dari petang tak makan, terus chow pi mamak.

hah, ni lah patung nye. siapa-siapa tahu nama dia? comel!

lagi gambar aku upload kat blog aku lagi satu, dah settle aku bagi link ye.
PERHATIAN : tak payah pi tengok tumblr aku dah. tidak aktif disitu, leceh lah.

*teringat tahun lepas pergi dengan Dia. oh i miss him badly! MR.W

2 comments:

  1. yeahh
    i pergi jugak
    pergi jumaat best
    sabtu x best
    huhuhuh~

    ReplyDelete
  2. yoookkk!
    jeles laa .
    ak xdpt pegi ;p

    ReplyDelete