Apr 6, 2010

jalan jalan di Terengganu

lama sudah aku tak sentuh blog buruk aku ni. sibuk. banyak kerja woo. yang paling penting sekarang aku serabut dan serabai. haih. cerita yang aku nak update ni pun dah lama lepas, tapi apa ada hal wehh. kau kau baca dan tengok je lah okay? suka? senyum cepat.

cerita ini minggu lepas punya cerita. hari khamis. aku dengan rakan aku sangat bosan duduk dalam bilik. kerja banyak tapi hari tu macam malas gila. tiba-tiba keluar idea nak pergi shoot dekat Taman Tamadun Islam. sewa kereta dan kitorang pun gerak lah pergi sana. berdua je wehh. aku dan dia, dia dan aku. oh nama dia Ika. mula mula pi pekena nasi ayam dulu. sedap. tapi aku sungguh tak gemar dengan layanan makcik tu. baru ada kedai kecik nak berlagak. manusia. hmm lepas dah pekena nasi ayam terus gerak pi Taman Tamadun Islam. peranan aku sebagai pemandu. macam lah tau jalan. confident je drive tak tengok signboard last last masuk kampung mana entah. tapi best jugak, dapat tgk pemandangan kampung. dah ronda dalam kampung last last akur jugak ikut signboard. nasib baik tak hujan. park kereta lepastu beli ticket. aku ingat 10rm je, tapi rupa rupanya 15rm. haih. yelah, cost nak buat masjid masjid miniature tu lagi kan. semangat aku nak masuk dalam tu. menarik. siap ada passport. konon konon macam pergi melawat kat luar negara betul betul lah. berangan. masuk masuk aku jadi semacam sangat exited. comel comel masjid masjid tu semua. aku suka miniature sebab tu aku jadi semacam exited. masjid masjid ni semua banyak yang aku belajar dalam subject history of art. dah ada depan mata baru lah faham sikit. real sungguh masjid masjid tu. cantik cantik. masjid yang aku kaji untuk assigment aku pun ada. Masjid Badshahi. memang lawa pattern dia. dan masjid itu adalah salah satu masjid terbesar di dunia. aku suka sebab dia warna Merah, dan pattern dia influence dari Persian, Indian dan Asian. lepastu aku pergi ke Taj Mahal. dapat jugak aku tengok rupa Taj Mahal macammana. putih berseri. jalan jalan lagi aku pergi ke Masjid Negara. shoot gambar masjid tu, sumpah macam  pergi kat masjid betul. real lah wehh. haih pandai betul depa buat semua ni. banyak lagi masjid masjid lain. tak rugi bayar duit ticket. macam macam boleh kita tengok dan belajar. lepas dah tengok semua masjid, kami pergi Shahbandar pulak. si rakan aku ni nak beli tshirt. kemudian kitorang pun balik lah kampus sambil bawak gambar gambar yang kami snap untuk final assignment subject Photography. harap harap gambar diterima. layan saja gambar yang aku snap okay? gambar lain nanti tengok kat photoblog aku.


Taj Mahal.
 
Masjid Badshahi.

*sebelum balik cuti sem mau pergi lagi lah. InsyaAllah.. ;)

2 comments: