Apr 11, 2010

Bikin sampah hari ini

penat hari ini. semalam tidur pukul 630am, bangun pukul 10am. dah janji dengan rakan rakan nak keluar shoot untuk final Photography. semangat jugak lah mula mula. tapi end of the day aku tak puas hati dengan hasil tangkapan aku. macam sampah aku rasa. haih.

mula mula pergi Noor Arfa batik, ada event kat situ. ingat ada orang buat demo buat batik, tapi takda. lepas rasa macam takda apa apa kat situ chow plak pergi Masjid Kristal. ini exited sebab aku tak pernah masuk dalam masjid tu. agak menarik lah jugak. tapi entah mana hilang skill ambil gambar aku yang tak seberapa tu. so semua gambar nampak biasa je. kecewa jugak lah. rakan rakan dah puas snap snap kat Masjid Kristal, lepastu gerak pergi Muzium Negeri. hampa lagi dengan hasil tangkapan aku. lepas pergi muzium gerak pi Airport. saja pusing-pusing. masa itu sudah mula rasa bosan dan rasa macam membazir. membazir macam macam. jujur. dalam pukul enam petang, gerak pi Jeti apa tah nama dia. yang aku tau jeti tu untuk pergi Pulau Kapas. scene lawa masa tu. senja, matahari terbenam. tapi lambat sangat sampai. matahari dah hampir terbenam. sementara nak setting semua hilang dah matahari tu. sempat lah jugak snap dua tiga keping scene matahari terbenam. tapi tak menarik bagi aku. lepastu konon konon nak main slow shutter, tripod plak. aishhhh! dah gelap gerak pi makan kat Marang. mahal wehh. geram plak aku. muka nak berlagak je mak cik tu! lepas makan ada rakan yang nak balik kolej. hantar mereka balik kolej. aku ngan ada lagi seorang rakan yang masih nak stay keluar konon nak pi try buat light ray lah, last last pi lepak tepi pantai je. amik angin. hmmm. pukul 11malam masuk kolej.

membazir sungguh aku rasa hari ni. tapi sebenarnya gambar final aku dah di proceed pun hari tu. saja nak  shoot lagi mana tau ada lagi menarik ke. tapi apa aku dapat hari ini hanya pembaziran! takpa lah, dapat lepak dengan kawan kawan, jalan jalan tapi still aku panggil dia satu pembaziran. duit dah takda ni wehh. kena jimat-cermat. dan gambar gambar aku semua harini hanya sampah sahaja. boleh bilang berapa je boleh pakai. urgh! tak puas hati ni! tu lah AimanNabilah, lama tak practice -__-"


No comments:

Post a Comment