Feb 14, 2010

santai

 
aktiviti pertama selepas balik, keluar bersantai! hari tu sampai sampai saje terus keluar dengan Superman. lepastu adik aku pulak ajak aku keluar, nak pergi Nikon Centre kat Times Square. alang-alang tu aku nak ambil broadband yang tertinggal. nasib baik Nana tolong bawak balik KL. thnx Nana. 
petang Jumaat aku naik tren ngan adik aku pergi hentian Putra. nak jumpa Nana. lama woo tak naik tren. tren tu cam biasa lah padat dengan manusia manusia. macam macam bau. biasalah, petang. orang balik kerja. nasib baik aku wangi. itupun berkat perfume lima ringgit aku. sampai saje hentian Putra, jumpa Nana dekat McD The Mall. borak borak sat terus chow pergi Times Square naik star lrt turun kat stesyen Hang Tuah. terus pergi Nikon Centre. aku bukan lah pengguna Nikon. adik aku je. tapi aku puas lah sebab dapat try macam macam lens. memang belum mampu lagi lah kan aku nak beli lens lens tu. tunggulah satu hari nanti. tapi yang pasti aku adalah Canonian. go Canon! sudah puas puas aku try camera dengan lens pelbagai, aku dan adik aku pergi Sungai Wang Plaza plak. sekali lagi usha MacBeth. saje nak tunjuk kat adik aku, mane tau dia nak belanja ke. mane tau je lah kann!! tapi macam tak je. malam abah dan mama datang. lepak lepak lagi kat situ situ. tengok si penghibur jalanan. best woo. layan The White Percussion,  tgk breakdance, tgk patung patung manusia, tgk orang lukis-lukis. best! lama sudah tak tengok kota malam. menenangkan aku tengok orang ramai yang bermacam ragam. aku suka. kemudian, bila tengah malam menjengah kami sekeluarga pun balik. singgah maple dulu. balik terus tidur. terbaik!

 tu dia lens. dashat kan?

  
  
makan J.co ngan adik. 

 
dapat balik camera kesayangan aku. oh yeah!

  
 
mama, abah dan yang bawah adik.

*taksabar nak jalan jalan ngn bestfriends pulak ;)

No comments:

Post a Comment