Feb 22, 2010

katakan- yay!

aku sudah pun selamat sampai ke kampus. penat. sampai saja sudah mula perah otak. keluarkan idea idea. perah selaju lajunya pulak tu. mungkin salah aku juga, kerja di tangguh tangguh. tapi nasib baik settle sebelum masuk kelas. tak sia sia mata ni menahan dari terpejam. pukul 6pagi baru siap. gampang kan? kerja nya adalah merekaciptakan logo tentang diri sendiri. mungkin tak lah susah sangat, tapi sikit mencabar jugaklah sebab kepala beku. dari pukul 11malam sehingga 6pagi dua-puluh logo tercipta. aku puas hati sebab kerja tak cincai. tapi terpulang lah pada si tukang ajar untuk menilai. logo final aku pilih yang se-simple mungkin, maaf tak dapat tunjuk sebab aku draw saja logo tu, bukan guna Adobe. nantilah kalau berkesempatan kau kau semua boleh lah tengok. itupun aku tak jamin lah mata kau bakal sakit ke tak selepas melihat artwork buruk aku tu. buruk pada kau, cantik pada aku. betul?

lagi satu, kesian pula aku pada mamat yang aku kenal masa tengok penghibur jalanan di BB hari tu. panggil dia si Putar lah. jangan tanya kenapa. setiap hari aku mungkir janji. kesian. aku kenal dia kejap je kat BB terus ke FB. setiap malam menanyakan gambar, setiap malam aku berjanji dan setiap malam juga aku menipu. haih maaflah, tak sengaja. sungguh sibuk sekarang. nanti ada masa i upload di Flickr okay? suka? kalau suka senyum. jangan marah-marah ya. jangan carut-carut ya.

satu lagi, SELAMAT HARI LAHIR, NAXA! yes, Naxa sudah tua. bila nak jumpa Naxa? Aiman mau baling tepung ni. dah janji kan. ha-ha dan padan muka ya kerana dibaling telur dan tepung oleh si kawan-kawan. best tak? best kan? terbaik.. lain kali jangan menyamar jadi kawan Naxa kalau Aiman nak cakap dengan kawan Naxa. tiba-tiba saja. maaf, dah mula mengarut ni. apa-apa pun anda tua Naxa. Happy Birthday.

lagi-lagi mau taip apa? aku nak taip-taip, nak tulis-tulis tapi kalau macam dah mengarut saja aku rasa baik tak payah kan? buat semak saja. okay bye.

*title takda kena mengena. maaf!

No comments:

Post a Comment