Feb 15, 2010

berlari anak

jogging. idea datang nak bersenam masa tengah lepak ngan Shifa dan Syafiq kat Mcd. aku pun tak ingat lah idea siapa. tapi tempat jogging tu kami dah pasti. Tasik Cempaka, Bangi. maka, keesokan harinya pun aku bawa lah motor sambil membonceng Shifa pukul 5petang pergi Tasik Cempaka. dan yang best sekali, Zull pun boleh join. so dapat lah kami jumpa jumpa. lama tak jumpa kan. si Syafiq plak, cerita je nak join tapi haram! tidur tak ingat dunia! sampai saje kat Tasik Cempaka tu, aku ngan Shifa lepak lepak je lah kan. tunggu si putera raja, Zull. lambat jugaklah sebenarnya. tapi takpe. kemudian kasut Shifa plak buat hal. nasib baik ade bantuan. haih. macam macam. Zull sampai terus lah memulakan aktiviti berlari anak tu. tapi sebenarnyakan, aku tak jogging pun. dress up pun macam nak pergi Pavii bak kata Zull. gedik! aku sebenarnya baru balik lepak ngan adik aku, balik-balik je aku terus pick up Shifa. malas tukar baju sebab aku kasut jogg pun takde *padahal kasut dance aku tu boleh je pakai. malas. so aku duduk tepi dating dengan dua jejaka. adik dan abang. seronok jugak dating ngan mereka. macam macam borak. budak-budak zaman sekarang, maju! lepas je si Zull dan Shifa tu abis jogging 2 round tak silap aku, kitorang gi minum. lepak lepak sat, Magrib pun nak dekat terus ah chow balik rumah. apa-apa pun aku puas hati gak lah dapat jumpa bestfriends aku yang aku rindu gila tu.

ni hah baju pergi Pavii aku tu. huh!

dating ngan depa ni lah. adik Zull. kanan, abang. kiri, adik. :D


Zull & Shifa

No comments:

Post a Comment