Dec 12, 2009

satu saat aku mati

aku tumpang anak kawan mama pergi Beranang sebab aku tak ada transport. tak perlu tahulah sebab apa pergi sana. masa perjalanan balik ke rumah, agak aku panas pada lori yang dipandu oleh seorang india yang dengan selamba memecut laju di lorong yang bertentangan ketika lampu isyarat lorong kereta yang dinaiki aku sedang hijau. ketika itu kami berada di simpang empat. kereta yang dinaiki aku berada di simpang nombor jam 3. manakala lori tersebut di simpang nombor jam 9. kereta yang dinaiki aku ingin membelok ke simpang nombor jam 12. lampu isyarat lorong kami hijau. tika sedang anak kawan mama memberi perhatian kepada pemanduannya untuk belok ke simpang nombor jam 12 aku toleh kiri. kelihatan lori satu tan, berwarna putih, yang dipandu oleh seorang india yang mungkin buta kerana tidak melihat lampu isyarat merah sedang memecut laju ke arah kereta dinaiki aku. tidak kelihatan seperti lori itu menekan brek. sesaat selepas itu lori itu menekan brek sehingga terseret ketepi lorinya. mungkin pemandu lakhanat itu baru perasaan yang dia sedang melanggar lampu isyarat merah dan hampir melanggar kereta yang dinaiki aku. padan muka kau lori! lakhanat! celaka! sial! kalaulah kau merempuh kereta yang aku naik tadi pasti aku akan mati. sebab rempuhannya pasti kuat. tak adalah aku lagi untuk menulis di blog buruk ini. dan pastinya aku akan terus menghantui engkau pemandu lakhanat! pembaca, jangan langgar lampu merah! tidak kau akan dicaci. patuhi undang-undang jalan raya. ingat orang yang tersayang.

No comments:

Post a Comment