Dec 12, 2009

main masak masak

lama benar aku berhasrat nak buat kuih ni, kuih kegemaran aku. Cornflake Madu. baru sekarang tercapai. seronok! mudah sahaja lah. inilah mungkin kali pertama aku memasak bersama mama. sebelum ni tak pernah sebab aku tak suke masak ramai-ramai. semak dapur. lagipun memang aku jarang masak. heh.. cantik je warna kuih tu. kuning keemasan. tapi mama pula ternaikkan suhu ketuhar. habis hangit. grrrr! sebab tu lah aku tak suka buat kerja ramai-ramai. nasib baik sikit je hangit. tapi apa-apa pun memang sedaplah. huh! bangga diri plak kau aiman. ah! suka hati aku lah! :D aku cadang nanti sebelum aku balik kampus aku nak buatkan untuk Tembam, Zull dan Shifa. lepas tu aku nak bawa balik kampus sikit, untuk bakal roomates :D harap-harap jadilah. haih, boleh lah buat bisnes kuih nanti.. huuu...


sorry, gamba kuih yang dah siap tak ada. sebab lepas je siap aku dah balun terus kuih tu. hehe

No comments:

Post a Comment