Dec 1, 2009

lepas rindu

huh ! lama dah bercita-cita nak update blog ni. dapat juga akhirnya. maaflah. kisah ni lebih kurang lama dah berlalu. tapi akibat kekangan masa untuk menaik taraf blog, hampir basi cerita ni. almaklumlah, sekarangkan raya, kehulur kehilir aku dibawa. kesemua rumah saudara mara dijelajahi. post ni aku tak mau cerita pasal raya. tapi aku nak cerita pasal si tembam aku, mr. W. kalau kau tak nak baca, baik kau beralih ke post lain. terima kasih :D jap jap. gedik kan title? hahaha

bayangkan kami rockstar :P

hampir lebih kurang sebulan selepas cuti raya dan 12 hari selepas aku balik rumah untuk cuti sem, dua puluh lima sebelas hari tu baru aku berjumpa dengan si tembam aku. eh tak! hari tu da jumpa. maksud aku jumpa berduaan saja. tanpa teman-teman. kami keluar untuk makan malam sahaja. rindu wehh. makan tomyam. si tembam aku dah tak berapa nak tembam sgt lah sekarang. katanya , aku pulak yang makin menjadi-jadi pipi. tiada yang menarik sgt berlaku sebenarnya. tapi seronok. bertukar-tukar cerita. bertukar-tukar pandangan. bertukar-tukar senyuman. ketawa, merajuk. aduh gedik! tapi aku seronok dengan kegedikkan itu. biasalah bila si teruna jumpa si dara dan sebaliknya. alaa kau jangan nak tipu ! kau pun macam tu kan? kan? :DD

masa dinner.

esoknya, si tembam jemput aku dirumah. kami cadang untuk keluar jalan-jalan. dia bawa aku ke Zoo Negara. romantiskan dia? :D dari awal tahun aku selalu cakap kat dia yang aku teringin nak jalan-jalan di Zoo Negara, lihat binatang-binatang yang pastinya susah untuk kita lihat. tengok! dia tunaikan, terima kasih ya tembam! terbang 50rm kamu. hmm. masuk zoo sekarang mahal! oh ye, cost untuk jaga binatang-binatang itu juga tinggi. tapi aku kesian juga pada ibubapa yang ada ramai anak nak bawa anak-anak mereka pergi zoo. pasti kena kumpul duit dulu. makan satu hal. jangan beli makanan dalam zoo. mahal. agak terkejut aku beli air mineral yang sepatutnya berharga 2rm tetapi terpaksa dibeli dengan harga 5rm. nak naik trem pun kena bayar. aduh, pokai macam ni! zoo tu menarik, tapi kalau tingkatkan supaya lebih sistematik kan lagi baik. berbaloi dengan duit yang dibayar. sudahnya aku tak jumpa harimau dengan gajah. aku rasa banyak lagi aku tak jumpa! jalan dalam zoo tu pening sikit. amboi aiman nabilah. pandai complain je. cuba kau bikin satu zoo tengok!

ni lah air mineral yang dikatakan.

kami di zoo hampir tiga jam. kemudian kami terpaksa balik. aku perlu ada dirumah pada pukul 7ptg. kami sampai bandar kajang agak awal. so aku dan si tembam buat keputusan untuk pergi makan dulu. sedari tadi perut berbunyi minta diisi. destinasi dituju, tempat makan kegemaran mr. W iaitu Sate Kajang. selesai makan lihat jam masih awal. kami bercadang untuk berbowling, Metro Point destinasi kami seterusnya. seperti biasa aku memang tak pandai berbowling. tewas jauh dengan si tembam aku! takpe, nanti aku berlatih lagi (: selepas berbowling aku tengok jam masih sempat untuk lakukan aktiviti lain. aku terpandang karaoke box atau dikenali sebagai karoke jamban. aku cadangkan untuk berkaraoke. 3rm terbang untuk dapatkan 3lagu. tapi hampeh! kami tak tahu menekan button ape sebabnya tiada guide di situ. sudahnya lagu yang kami pilih tak menepati cita rasa kami. kami tinggalkan sahaja tempat tu. membazir! :D si tembam aku terlihat pula taman hiburan. alaa yang ada mainanmainan tuu. kami pergi kesitu. menjadi kebiasaan aku dan si tembam kalau pergi taman hiburan kami akan berlumba kereta dan bermain tembak-tembak. seronok! dan akhirnya aku sampai dirumah tepat jam 7ptg.

mr.W , aku seronok keluar dengan kamu! terima kasih ya bawa aku. last bt not least aku sayang kamu tembam! (:

hey, cerita dah habis! pergi lihat dan baca post lain! terima kasih :DD

the end



No comments:

Post a Comment