Dec 9, 2009

kerja pertama

selesai sudah, kerja pertama aku sebagai tukang ambil gambar. atau lebih dikenali sebagai photographer. photographer untuk orang kahwin. phewh! lega. kerana gambar yang ditangkap memuaskan tukang bagi aku kerja (bos), abg hafiz. kata abg hafiz, gambar 'ok' untuk seorang beginner(s) macam aku ni. masih boleh dipapar di atas meja sisi katil dan bukannya tersimpan di lapisan paling bawah almari buku. oh, abg hafiz juga seorang jurumekap. sangat cantik tau dia mekap. kata orang naik seri pengantin. kalau nak tahu lebih lanjut boleh roger di shoutmix aku (: hmm sebelum ni aku ada juga pernah cuba jadi photographer perkahwinan. tapi dengan saudara dan jiran serta kenalan rapat. tak pernah pula dapat pelanggan yang betul-betul tak dikenali. sebab tu cuak macam bom jangka masa di atas kepala. tapi alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar. aku hanya guna camera buruk kesayangan aku , canon 400d dan bantuan adik aku yang menggunakan nikon d60. kami tak guna sebarang alat bantuan seperti speedlite dan sebagainya. betul-betul hanya mengunakan barangan asas. beranikan kami? harga yang dibayar layaklah untuk aku sebagai beginner dalam kerja ini. aku tak kisah. janji aku dapat pengalaman tu. sebelum aku memulakan kerja itu, aku ikut nasihat abg Joe Zakaria. lihat gambar yang menarik sebanyak mungkin. terima kasih abg Joe atas nasihat. sangat berguna :D errr.. aku dah hilang apa yang aku nak tulis. penutupnya, kerja pertama aku bagi aku pengalaman yang mungkin berguna untuk masa depan. nak tahu kenapa? sebab pelanggan itu bukan orang malaysia. mereka orang kemboja yang menjadi penduduk tetap malaysia :DD seronokk...



seperti biasa gambar lain ada di flickr. akan diberitahu kalau aku da update flickr aku (: maaflah. aku malas sikit nak upload gambar.

No comments:

Post a Comment