Dec 24, 2009

grateful

aku bersyukur. ya Allah! terima kasih makbulkan doa aku. kawan-kawan terima kasih juga kerana mendoakan yang terbaik untuk aku. terutama sekali pada Zull dan Shifa. mereka menangis bersama aku. mereka ketawa bersama aku. terima kasih! Nana juga, terima kasih doakan aku. siapa-siapa sajalah.. aku ucapkan jutaan-jutaan terima kasih. kini aku mampu tersenyum. tersenyum kembali.

segala masalah pulih. superman juga sakit sebenarnya. sama seperti sakit aku. tapi superman kena kuat. aku pun kena kuat. kami sama-sama kena kuat. superman telah jelaskan segalanya pada aku. aku faham. kata superman, dia taknak masa depan nanti aku menyesal. kerana masalah ini melibatkan masa depan. superman taknak tengok aku sakit pada masa depan sebab tu dia sakitkan aku sekarang. tapi, sebenarnya superman tak sanggup nak sakitkan aku pada bila-bila masa. superman terlampau sayangkan aku. macam aku sayangkan dia. tapi masa depan nanti dia terpaksa sakitkan aku. dia telah beritahu aku. dia dah beri amaran pada aku. kata superman, masa depan nanti aku kena sangat-sangat kuat. lebih kuat dari sekarang. korang tak perlu tahulah apa sebenarnya masalah ni sampai aku perlu terlampau kuat untuk hadapinya. sebab aku tak pasti aku kuat untuk hadapinya atau tidak. tapi aku dah janji dengan dia. so nak tak nak, aku kena kuat kalau kalau apa yang dirancangkan oleh koloninya menjadi pada masa depan kelak. sebab kalau aku tak kuat aku akan pasti terjatuh terus. ah, malas aku fikirkan masa depan. sekarang aku benci masa depan! masa depan mencemburui aku dan superman. juga koloni-koloninya. tapi takpe, sekarang masa kini. bukan masa depan. aku harap masa depan, aku akan terus bersama superman. aku harap. aku tahu dalam hati superman cuma ada aku. tapi aku dah katekan, dia terpaksa. aku harap koloni-koloninya nampak apa yang hadir dalam diri kami dan bertapa kuatnya benda itu sehingga dapat melemahkan koloni-koloninya. teruskan berdoa untuk aku supaya kami dapat mengalahkan koloni-koloni nya yang tersayang. superman tak tinggalkan aku sebab dia tak sanggup. begitu juga aku. dah lah, aku cuma perlu terus berdoa dan berdoa supaya masa depan akan sentiasa cerah. tiada mendung, tiada ribut, tiada guruh, tiada petir, tiada hujan. aku sayang kau superman.
i love you!

No comments:

Post a Comment