Nov 15, 2009

semester break !!!

setelah hampir lima bulan membanting tulang , memerah otak di UiTM Kuala Terengganu , akhirnya semester break tiba !! oh yay !! perkara yang di nanti-nanti setelah sekian lama. last paper on 13th nov 2009 then the next day abah dan adik datang ambil aku di kolej (: rasa sungguh bahagia dalam derita. kenapa derita? rindu kawan-kawan wehhh )': oke mari baca yang seterusnya (:


abah

adik

destinasi pertama lepas abah amik aku kat kolej kerawang adalah pantai batu burok (: atau BB , bak kata kami semua :D adik teringin sgt nak bersiar-siar tepi pantai. plus , mereka nak lunch sekali kat situ. mereka masih belum lunch. masa tu dalam pukul 230pm. lepas da puas lepak2 kat pantai batu burok kami ke Giant Kuala Terengganu dalam pukul 5pm.

dan di Giant Kuala Terengganu pula ada HUJAN MENCARI KONKLUSI TOUR. lucu lihat gelagat-gelagat manusia di sana , berasak2 untuk bergambar , mendapatkan tandatangan serta membeli barang2 keluaran HUJAN tidak terkecuali aku. ops ! aku hanya cuba mendapatkan shot yang terbaik bagi mengisi kad memori kamera dan folder 'photography' aku :D tapi tak dinafikan musik yang HUJAN sampaikan agak berjaya menawan hati aku. oh AG comel *tetibe je :PP keep it up HUJAN ! :DD

izzat , AG , noh , dimas , am ( kat belakang tuuu )

aku dapat amik gamba ngan AG & izzat wehh *gedikgedik :PP

lepas da dapat shot yang menarik aku pun ajak abah pergi ke dataran shahbandar bagi mengisi perut yang asyik mendendangkan lagu. tandanya minta diisi. jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 730pm. kebetulan ada pasar malam di situ. tapi aku agak hairan dengan scene pasar malam kat sini. diberi nama pasar malam , tapi sebelum pukul 8pm kedai dah tutup '=.= selepas melihat-lihat keadaan pasar malam yang seperti tidak mahu lagi menerima pelanggan kami terus menuju ke gerai makan tidak jauh dari situ. setelah selesai mengisi perut sehingga tidak mampu lagi ia mendendangkan lagu , kami pulang ke rumah penginapan untuk tidur.


bangun dari tidur , hari baru. hari sabtu , 14nov2009. hari ini hari untuk pulang ke rumah di kajang. yay !!! hari untuk jumpa mama juga (: *mama tak ikut datang terengganu pagi2 bangun dalam pukul 9am. sebelum pulang ke kajang , abah hendak bersiar-siar di terengganu terlebih dahulu.

destinasi pertama , masjid terapung kuala ibai.

destinasi kedua , pasar payang. lihat ! banyak juadah (:

destinasi ketiga , muzium terengganu. besar wehhh !!

destinasi terakhir , masjid kristal. lambang pelancongan negeri terengganu. terpukau dengan keindahan seni binanya :D tapi ....

tak dapat tengok seni bina di dalam nya. sebab? lihat papan tanda di atas '=.=

lepas da jalan2 , kami ke kampung losong untuk membeli keropok lekor dan makan tengahari. kemudian terus pulang ke kajang. dan alhamdullilah , aku selamat sampai kajang. yes , aku akan menikmati cuti sem nihh !! a lot of things i wanna do :DDD





No comments:

Post a Comment