Nov 11, 2009

semalam aku tengok bilik paling bawah dan paling tepi sebelah kanan blok Kasa masih meriah. masih dengar Man bersiul lagu hindustan , masih dengar Dan nyanyi lagu 'kembali pulang' , masih nampak Daim menari ala2 di clubbing sambil ketawa tak ingat dunia. tapi hari ni aku tengok bilik tu dah kosong. yang aku nampak hanya Ayie sedang mengemas-ngemas, yang aku nampak hanya ilusi Man , Daim , Dan , Bidul , Radhi , Haziq , Fakh sedang bersantai2 , bergelak ketawa , bergembira. hanya ilusi mereka !! realiti hanya ayie sahaja ada di situ. tiba2 aku rasa kosong , sunyi.. serta merta ! pergi mereka seorang demi seorang. mereka yang sentiasa bersama aku sepanjang aku di UiTM Kuala Terengganu. mereka yang sering menyakiti aku tapi masih mampu membuat aku ketawa. mereka yang sering membuat aku berfikir mengenai macam2 perkara. selamat tinggal kawan ! moga kita berjumpa lagi. aku doakan semoga kamu semua berjaya dimana sahaja. terima kasih kawan. terima kasih untuk segalanya. im gonna mish you guys !! )':


.Memories.





Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

( sahabat by aizat )


current mood : lonely

No comments:

Post a Comment