Jan 12, 2017

Kenangan Warded

Assalammualaikum

Seumur hidup aku, aku tak pernah kena warded. Sampai lah aku bersalin. 6 hari warded lepas bersalin. Aku kena tahan ward disebabkan nadi aku terlalu laju lepas bersalin & baby suspect lung infection.

Lepas aje bersalin, aku ditolak naik ke ward and baby ditolak masuk ke NICU untuk pantauan. Kami terpisah. Hanya suami sahaja dapat berjumpa dengan baby sebab aku tidak dibenarkan bangun kerana bacaan nadi telalu tinggi.

Hari kedua selepas bersalin, aku ditolak masuk ke ward HDW untuk pantauan. Selidik punya selidik, doctor kata kemungkinan nadi terlalu laju sebab aku hilang banyak darah waktu bersalin. Jadi kena tambah darah satu bag. Satu malam tidur di ward HDW sambil darah masuk dalam badan. Haha Masa tu fikir, haih darah siapa lah masuk badan aku ni. Hehe

Hari ketiga selepas bersalin, Alhamdullilah, bacaan nadi aku semakin baik and dah boleh masuk ward biasa balik. The best thing is - finally dapat jumpa baby! Untuk pertama kalinya aku tengok baby, pegang baby, peluk baby & cuba susukan baby selepas bersalin. Sungguh aku gembira tak terkata! Menangis aku masa tu hihi Tapi baby masih tak boleh naik ke ward duduk dengan aku. Baby masih kena tinggal di NICU.

Tapi aku tak risau sangat sebab Asha kuat. Doctor pun cakap no need to worry sebab ada perkembangan positif. Asha on antibiotik selama 5 hari.

Hari keempat selepas bersalin, akhirnya Asha dibenarkan keluar ward NICU dan duduk dengan aku di ward biasa. Malam pertama aku dengan Asha memang mencabar. Sebab susu aku masih belum ada. Kesian Asha. Akhirnya kena minta tolong nurse suap susu formula walaupun memang agak susah untuk depa bagi.

Hari kelima selepas bersalin, malam kedua bersama Asha. Malam ni emosi aku gagal sebab masih tak boleh bagi Asha susu. And nurse keep pushing suruh bagi susu badan walhal satu titis susu pun tak ada lagi T.T menangis aku facetime suami. Menangis aku depan nurse minta tolong bagi susu. Haha Malam ni berdoa sangat-sangat keputusan antibiotik Asha okay dan harap boleh keluar esok.

Hari keenam selepas bersalin, hari terakhir di warded. Lepas aje mandi, dapat berita dari doctor pakar kanak-kanak yang Asha okay, Everything okay. Kuning pun tak ada, since lahir. Alhamdullilah.. syukur sangat dapat berita boleh discharge. Penat sangat duduk ward. Emosi tak stabil haha

Semoga Asha terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin.


No comments:

Post a Comment