Aug 5, 2014

Eh, dah August?

pejam celik pejam lagi, alhamdullilah celik lagi, dah August yer. cepat masa berlalu. dalam sedar tak sedar. em maknanya, aku sudahpun habis final dan juga raya pun sudah 8 hari berlalu.


selalunya bila aku jumpa sedara-sedara, depa semua pakat tanya,

"hang bila nak habis mengaji?"

selalunya juga aku dok mencongak-congak agaknya bilalah aku dapat habis belajar. tapi tahun ini, selepas 5 tahun, dengan bangganya, jawapan aku :-

"eh dah habis, baru je lagi..."

tapi soalan seterusnya ni buat aku pening kepala :-

"hang kerja mana la ni?"
"dah dapat kerja ke belum?"
"nak kerja apa lepaih ni?"
"haa bila nak kawin?"

eh!


kamon la makcik pakcik, wa baru 14 hari baru jadi manusia balik. baru nak bernafas. raya pun tak habis lagi. ni hah, dark circle kat mata aku pun tak hilang lagi. sabaq sat naa. doakan yang terbaik.


tapi weh, 9 hari lagi result keluar.


dup dap dup dap dup dap dup dap dup dap



kbai.

No comments:

Post a Comment