Oct 24, 2013

Untuk Yang Aku Sayang

hi blog, lama tak jumpa.

sepuluh bulan sepuluh, hari lahir mama dan abah. ya, hari lahir mereka sama. dan sebenarnya, dalam diam-diam, dulu aku pernah korek surat cinta mereka, mereka berkenalan atas alasan mempunyai tarikh lahir yang sama. eleh.

semoga mama dan abah sentiasa sihat, sentiasa dimurahkan rezeki dan berbahagia sentiasa. kakak sayang kalian.

oh ya, selamat ulangtahun perkahwinan ke-24 juga. moga terus bahagia walaupun berbeda pendapat ya. gaduh-gaduh manja katanya.

***

tiga belas bulan sepuluh pula adalah hari lahir lelaki kesayangan. ala. biarlah aku nak mengada. hihiks. selamat ulangtahun kelahiran ke-23 ya encik complicated-love-story. eh eh. haha moga yang baik-baik untuk awak, moga sihat sentiasa, moga murah rezekinya.

selamat tahun ke-9 juga ye kita sama-sama menentang dunia. kononnya. sembilan tahun yang penuh dengan pelbagai cerita, pelbagai memori, pelbagai perangai. pelbagai segalanya. terima kasih masih kukuh sebelah saya untuk sembilan tahun ini. moga ada cerita yang baik-baik buat kita untuk tahun-tahun seterusnya.



kita masih lagi bersama menentang dunia kan? hihiks.

No comments:

Post a Comment