Oct 19, 2012

Bertemu lagi

hai, bertemu lagi. kembali. walaupun lambat, alhamdullilah.

apa cerita? macam biasa, cerita basi. ayat tipikal blog usang Aiman Nabilah.

okay mari sini aku nak cerita. bisik-bisik sikit, lagak gaya gosip orang kaya. duit PTPTN sudahpun selamat menjengah ke akaun-akaun pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia. lambat sedikit, selepas makan seminggu juga menunggu.

tapi sayang, duit PT aku cuma jengah hanya satu kerdipan mata lamanya. pagi masuk, petang burnnnn.

tapi tak apa, yang penting aku puas. puas buas. eh. sastera lah konon? puii!

kata mereka, bau barang PT. a'ah. aku dapat beli gadget baru. gadget hipster-hipster masa kini. tapi sungguh, memang membantu. hah, tu dia lukisan comel 2 saat dari gadget baru.


moga esok kita cerita lagi. :)

No comments:

Post a Comment