Jan 12, 2012

impian tertunai

alhamdullilah, satu lagi impian tercapai. gembira tak terkata, senyum melebar hingga ke teliga. heh.

akhirnya aku dapat memiliki kesemua siri buku Harry Potter. yabedabedu! dan kesemuanya dibeli dengan menggunakan baucer buku 1Malaysia. heh.

agak terpesong ke penggunaan baucer aku? sebab aku dah pergi kedai buku di Kuala Terengganu ni, tidak ada satupun buku yang berkenaan dengan course yang aku ambil. kalau nak beli alatan pula, tak ada benda yang diperlukan. jadi, kesudahannya aku gunakan untuk tunaikan impian aku.

well, i'm one of super-hard Harry Potter fans. heh.


//tak ada siapa perasan yang buku yang aku beli cuma 6 buah sahaja walhal kesemua buku HP ada 7 :)

No comments:

Post a Comment