Sep 6, 2011

Cerita Raya


sehari sebelum raya aku sudah pun ada di kampung - Perlis. biasa saja persiapan dekat kampung, tak semeriah macam aku kecik-kecik dulu. tapi main bunga api dan mercun tu maintain lagi lah. alhamdullilah, tahun ni dapat tunaikan sembahyang raya selepas sudah beberapa tahun tidak dapat tunaikan sembahyang raya. seronok! 

menu raya wajib dekat kampung aku adalah ketupat palas dan gulai daging. fuh! kesukaan aku tu! tapi tahun ni aku makan ketupat sikit je, banyak makan nasi, badan pun makin berisi. yeay! sekarang aku teringin nak makan laksa johor dan lontong. agak-agak siapa lah kan nak bagi aku makan. heh. kalau cerita pasal duit raya, aku kalah. maklumlah, dah besar kan, jangan nak harap sangat lah orang hulur. heh.

raya kali ni best sebab satu keluarga besar pergi berkelah tepi pantai. tapi lagi best sebab kami semua ke pantai terpencil di Langkawi dengan menaiki bot nelayan. teruja! satu pengalaman baru untuk aku. naik feri dengan naik bot nelayan memang lain. naik bot nelayan lebih seronok bagi aku sebab kita boleh lihat dengan jelas ikan lompat-lompat. memang teruja gila!

sekarang kulit pun dah gelap. ada tips untuk cerahkan kulit? -.-


//sudah pun pulang ke Terengganu, gambar tak ada sebab lupa copy dari adik -.-

No comments:

Post a Comment