Aug 28, 2011

Shopping

aku sudahpun beberapa hari berada di rumah. lega rasa bila sampai rumah, tak serabut macam duduk kampus. heh. makan pun best best je duduk rumah ni.

hari jumaat lepas aku keluar dengan Morphine. shopping untuk raya. tempat aku biasa shopping hanyalah Bukit Bintang sahaja. kali ni keluar macam lain sikit. heh. dua tahun setengah aku tak naik tren especially dengan Morphine, tapi kali ni kami pergi jalan-jalan naik tren. fuh! terasa lain. kekok pun ada juga. heh.

jalan-jalan dekat Bukit Bintang dari sebelum berbuka, sampai kedai nak dekat tutup satu baju pun tak ada yang berkenan. apakah! last-last pakai main ambil je. heh. tapi kasut yang dibeli tu memang aku berkenan lah, kalau ada duit lebih niat nak sambar dua, tapi duit tak lebih pulak -.-

malam tu juga aku tengok persembahan kakak-kakak senior aku dekat Bukit Bintang. jujurnya aku jeles. heh. aku dah tak boleh menari weh! T.T

jadi konklusinya, raya ini aku cuma bersederhana. 4 helai baju, sehelai seluar, sehelai skirt, sepasang kasut.


//Morphine kasi aku hadiah raya. ehem ehem. terima kasih awak ;)




//terima kasih banyak-banyak Morphine sebab ada untuk saya ;)

No comments:

Post a Comment