Jun 7, 2011

Lari Rumah

kali ini aku nak sentuh benda berat sikit. isu lari rumah.

kita selalu salahkan si pelaku. tapi pernah tak kita tanya kenapa si pelaku sanggup melarikan diri dari rumah? terutama sekali pada para-para remaja, yang baru nak rasa dunia.

ya betul, si pelaku mungkin nak rasa terbang bebas di luar, atau mungkin pengaruh kawan. tapi pelaku terpengaruh dengan kawan juga atas sebab-sebab yang datang dari diri sendiri.

tapi aku percaya, antara sebab-sebab utama pelaku mahu melarikan diri dari rumah kerana keadaan dalam rumah itu sendiri.

contoh ;-

ibu-bapa yang sentiasa bertekak walau hal remeh-temeh, mungkin bagi si ibu-bapa benda ini tidak serius, tapi bagi si anak-anak, mereka tidak mahu melihat ibu-bapa bertekak.

kakak / abang / adik-adik yang menyemakkan kepala dan selalu memandang rendah kepada diri pelaku.

ibu-bapa yang tidak memberi langsung nikmat kebebasan. atau juga yang suka memaksa itu-ini, tanpa hiraukan perasaan anak-anak. bukan maksud aku untuk ibu-bapa memberikan 100% kebebasan, cuma mereka mahukan ibu-bapa percaya mereka. abang / kakak juga ada potensi untuk menyekat kebebasan si pelaku, jadi kerana tidak tahan, pelaku sanggup melarikan diri dari rumah.

setakat ini, itulah pendapat. tapi aku mahu ingatkan kepada kau-kau semua, adik-adik semua, bakal-bakal pelaku, tolong lah jangan buat tindakan lari diri dari rumah. semua masalah boleh dibawa berbincang dan boleh diselesaikan. lari diri dari rumah memang seronok, tapi percayalah, seronok itu cuma sementara. jangan menyusahkan diri sendiri, keluarga atau siapa-siapa.


//peringatan untuk diri sendiri yang juga masih muda-remaja. aiceh! ;p

No comments:

Post a Comment