Feb 4, 2011

Thurday - End.

thanks Mr Thursday for being very nice to me. thanks again to let me have some fun. yeah!



hari Khamis adalah satu lagi hari aku menjadi sangat seronok dan sangat penat. heh. macam aku cakapkan pada entri lepas, aku keluar bersama Mr Morphine dan kakaknya yang sangat cool. heh. ini aturan perjalanan kami ;

Pasar Seni-Kampung Baru-KLCC-Ampang Point-Wangsa Walk-Carefour Wangsa Maju-Jusco AEON Au2-Setiawangsa KFC-Jelatek

gila banyak tempat dijelajahi. lemau kaki. tapi seronok!

dengan murah hatinya mereka membelanja aku untuk naik ke jambatan KLCC. seronok gila! tinggi gila weh! aku tengok bawah semua mahkluk macam miniature je. hee. exited lah juga naik atas tu. pertama kali kan. heh. banyak betul bangunan dan rumah-rumah. macam main mainan lego plak. cehh! berangan! aku difahamkan, untuk naik jambatan tu, tiket berharga rm6. kalau tak silap lah. dan bagi siapa-siapa nak naik tempat yang lagi tinggi pun boleh iaitu tingkat 84. tiket berharga rm20. nasib baiklah aku tak rasa gayat mana. dulu naik Menara Taming Sari dekat Melaka yang rendah tu pun punyalah gayat. heh. sampai je atas, apalagi, ambil gambar lah kan. hee.

lepas dah penat jelajah semua tempat, kami pun balik sebab masing-masing pun ada urusan lain. apa-apapun, aku seronok gila! yela, lusa dah nak balik Terengganu kan. sob sobss! :(



terima kasih Morphine kerana mengembirakan saya! kakak pun, terima kasih sangat-sangat kerana buat saya teruja. hee. tak sabar tunggu next holiday! yeay!



p/s: gambar adalah private. jadi, nantilah aku pilih gambar yang agak tak private untuk dimasukkan. terima kasih :)

1 comment:

  1. hahha pembetulan harga tiket ke jambatan adalah rm3 untuk pemegang mycard dan tingkat paling tinggi yang boleh dilawati adalah ting 86 ikikiiik

    ReplyDelete