Jan 6, 2011

Its begin.

class pun dah hampir tiga hari bermula. tapi biasalah, awal-awal ni mana lah ada proses pengajaran dan pembelajaran. datang class, dengar brief pasal subject baru dan balik. so heaven! tapi malangnya aku tak masuk satu class pun lagi. yela, hari Isnin, aku baru sampai, jadi tak sempat masuk class. hari Selasa pula punya semangat pergi, tapi class cancel, hari Rabu pula memang aku free sebab no class. haih.

aku rasa subject semester ini sangat seronok dan menarik. tambah menarik sebab aku memang tak tahu apa-apa langsung tentang semua subject ni sebab tak pernah explore sebelum ni. jadi ni satu cabaran untuk aku. harap aku kuat semangat lah. amin. lecturer pun semua hebat-hebat belaka. jadi, nanti mungkin tak ada masalah kot dalam proses pembelajaran.

esok aku class pagi. pukul lapan. baik aku pergi tidur, sebelum aku terlepas class esok.

bye.



p/s : aku betul-betul nak standard lens ni! bila lah agaknya nak ada duit. -___-"
p/s/s : bilik baru, rakan bilik yang baru, persekitaran yang baru. yeay. aku suka! :D

No comments:

Post a Comment