Jan 28, 2011

1st day Midsem Holiday.

cuti sudah pun dah bermula. waktu ketibaan aku ada dinyatakan di entri dibawah. lega sungguh sudah sampai dan melihat kota metropolitan ini. aicehh! sampai saja hentian Putra lepak dulu dengan dua orang kawan lain. yela, masing-masing tunggu untuk dijemput. aku tungu Morphine. agak lama lah juga, sebab dia terlajak tidur, dia penat sangat tu. kalau ku tahu, baik ku suruh dia rehat je tak payah ambil. apa-apa pun terima kasih banyak ya encik Morphine.

ada satu benda yang sangat-sangat kelakar jadi sebelum aku sampai rumah. heh. cukup lah sekadar aku bagi tahu, kereta habis minyak, dan terpaksa tunggu bantuan dari Abah dekat tepi highway. yang lain-lain tu, biar aku simpan jadi memori aku dan dia. pewit! heh.

aku sampai rumah dalam pukul 9 pagi lah juga. sampai-sampai je terus tidur. mengantuk gila sebab aku tak berapa nak tidur sangat dalam bas. lepas tu pukul 12 tenggahhari, mama kejut. katanya nak keluar ke Mutiara, Jalan Ipoh. survey benda. mula-mula macam berbelah-bagi nak ikut. yela, tidur pun tak puas lagi. tapi aku redah je lah ikut. dan sebab terlalu rindukan budak kecik palik kerek, Firas Heyqal, aku pun bawa lah dia ikut sekali pergi jalan-jalan. jadi maknanya, yang pergi jalan-jalan sekali adalah abah, mama, adik dan budak kecik paling kerek termasuklah aku.

mula-mula pergi Mutiara, Jalan Ipoh. dekat sini budak kecik paling kerek buat hal. cehh! nama nak panjang je kan! heh. si adik Firas dia nampak belon-belon gantung dekat ceiling kedai yang aku tengah survey barang, dan budak kecik ni adalah peminat belon tegar, jadi mulalah adegan mengamuk hentak kaki mahukan belon tersebut. tak sedar diri baru umur setahun lebih. cis! jadi si adik aku pula dukungkan lah dia supaya dapat capai belon tu. konon kalau dapat sentuh tu kira lega lah sikit hati si Firas Heyqal tu. dah dukung, adik Firas pun dapat lah capai belon tu. lepas tu dia pergi tariknya belon tu, habis terjatuh semua belon satu ikat tu. adalah dalam 20 biji belon kot. suka gila lah si Firas Heyqal. aku, adik dan abah yang sedang jaga dia dah panik, tapi sambil gelak-gelak lah. kena lah control macho beb! tapi aku tengok comel je Firas Heyqal main belon banyak-banyak tu. lepas ni, aku nak tiup belon sampai semput, lepastu bagi Firas main, dan aku nak shoot gambar. mesti best! berbalik pada belon tu, nasib baik lah tuan kedai tak marah. last-last bawa balik sebiji belon. haih. budak kecik-budak kecik!

lepas dah selesai survey dan membeli, kami terus ke Low Yatt. konon-konon nak survey sahaja tablet sebiji. tapi abah dengan sangat baik hatinya terus membeli sebiji untuk aku. alaa, bukan Wacom punya. yang biasa-biasa saja. Genius namanya. tapi okay lah untuk aku yang masih berjinak-jinak nak belajar ni. heh. terima kasih abah! sekarang gila lah aku nak menconteng guna tablet. hee~

oh ya, aku tengah cari software Autodesk SketchBook. hari tu aku try pakai yang lecturer aku punya, terus terjatuh hati. senang tak nak dapat dekat sini software tu? siapa-siapa tahu boleh lah comment yer. terima kasih.
 jadi kebiasaan kalau parking kereta mesti ambil gambar dekat penandanya. heh. encik Morphine yang biasakan :)

lepas pergi Low Yatt, pergi pula Times Square. lama juga tak jejak kaki ke sana. tujuan asal sebab nak pergi kedai buku. ingat MPH ada dekat sana, rupanya ada Borders je. tapi masuk juga lah kedai tu, malangnya buku yang dicari tak ada. lama juga melepak dalam kedai tu. baca buku. well, kalau tengok buku banyak-banyak takkan lah tak rasa teringin nak baca kan? heh. kesian adik Firas bosan. yela, mama baca buku, abah baca buku, adik baca buku, aku baca buku, dia dok melangut sorang-sorang dalam kereta dia*kereta sorong. padan muka! heh.

lepas dah makan apa semua terus chow balik rumah. balik ingat nak terus tidur, tapi jiwa dan raga taknak sebab terlihatkan benda yang baru aku dapat tu. heh.

 padan muka budak kecik paling kerek kena tunggu kami habis membaca!




p/s : aku rasa aku banyak sangat lah menaip. cerita simple pun panjang menjela. heh. banyak sangat membebel kot. lepas ni kena cuba cerita pendek-pendek je. hee

No comments:

Post a Comment