Nov 5, 2010

Ringkas.


empat hari lagi nak balik. empat hari lagi boleh update status, ' Lega, settle semua '. ceit!

sangat tak sabar nak balik. esok, kertas akhir untuk subjek sejarah seni. risau juga untuk kertas esok. haish. ahad pula kena hantar kerja akhir subjek sejarah seni. itupun aku belum settle. takpa, takpa. insyaallah boleh settle hari ini. selasa minggu hadapan pula ada final assessment untuk subjek drawing. sekarang aku tengah pulun bikin final aku atas canvas, dan semestinya ia sangat buruk! ceit. ada lagi 30% untuk disiapkan. selesai sahaja assessment nak terus chow! huish. tak sabar.

lepas ini boleh lah kembali berblogging seperti biasa, ber'blog walking' macam selalu. lama dah tak menjalankan aktiviti sebegitu. sibuk kononnya. ppfftt~

oh ya, dulu aku teringin sangat nak belajar tempat sejuk. nah, sekarang Terengganu hari-hari hujan. hujan yang sangat lebat. seronok, tapi kadang-kadang tak best gak. sejuk woo!

nak balik, nak jumpa keluarga tercinta. aww~
nak balik, nak jumpa Mr Morphine.
nak balik, nak jumpa kawan-kawan tersayang. -_-"
nak balik, nak main dengan baby Canon.
nak balik, nak cuba lens baru! hehe
nak balik, nak dapat handphone baru. ceit!

apa-apapun aku nak jauh-jauh dari sini.
tak tahan.

mungkin buat sementara.

No comments:

Post a Comment