Nov 17, 2010

-_-


okay sekarang baru ada rasa nak update blog. baru ada rasa nak cerita itu ini. ceit. kalian pun sudah tahukan aku sudah pun berada di rumah, tidak lagi di kampus nun jauh di Terengganu. memang sangat best berada di rumah. setakat ini, aku belum bosan lagi berada di rumah. tapi yang sangat tak bestnya adalah aku sedang demam. hampir seminggu juga la. sakit tekak, batuk, selsema, mata berair, badan panas kejap tidak, tambah pula sakit perempuan memang terbaik. buat aku jadi malas segala. online pun sekejap je, apatah lagi nak menghadap blog ni. duhh~

okay okay, sambung cerita. hari pertama aku sampai rumah, keluarga ter-chen-ta bawa pergi lunch kat Mcd. kesian. kempunan aku nak makan Mcd. tapi aku lagi kempunan nak makan breakfast set Mcd. ada siapa-siapa mahu bawa aku pergi breakfast? setakat ini, hidangan breakfast Mcd paling buat aku terliur. entah-apa-apa.

hari kedua berada di rumah pula, mama ajak pergi downtown. katanya ada jual dress-dress vintage yang bundle. aku pun bukan main suka. sebab aku pun tengah mencari dress-dress zaman dahulu kala. sampai sana memang adapun. menarik. tapi yang aku suka semua saiz besar-besar gedabak. semua saiz stok XXL. macam mana lah aku nak pakai. last-last jumpa juga sehelai. pattern aku dah suka dah. tapi yang buat aku tak suka, warna dia. warna biru. ish. warna biru ini adalah warna terakhir yang aku pilih, sebab aku tak suka warna biru. macam tak ngam dengan aku. haish. nak tak nak, aku pun beli je la. lagipun boleh buat baju contoh kalau nak tempah lepas ni kan?

hari ketiga pula, abah ajak pergi chow kit. mau tengok-tengok kasut-kasut bundle. aku dalam misi mencari kasut kulit vintage. sampai-sampai sana memang rambang mata. banyak gila kasut. tapi semua saiz lelaki. susah-susah. kalau ada siapa-siapa tahu boleh lah PM aku okay? aku mahu kasut perempuan, kulit, warna coklat. last-last aku rembat blazer. saja buat simpanan. condition pun okay lagi. saiz cantik. harga pun best.

kemudian sudah jalan-jalan tengok gelagat manusia chow kit terus pergi mamak. ini aku rindu gila nak buat. maklumlah, Terengganu mana pula nak dapat mamak. aku rasa aku paling exited nak makan roti canai mamak. entah apa yang sedap pun aku tak tau. haih.

sekarang tak sabar pula nak jumpa Morphine dan lepak-lepak dengan bestie.

No comments:

Post a Comment