Oct 12, 2010

Melaka punya cerita.


maaf ya kalian semua. cerita ini sememangnya dah basi. tapi aku tetap nak update. ini cerita dua mingggu lepas. dua-sembilan bulan sembilan. tentang trip ke Melaka seperti yang aku katakan pada post lepas.

aku sungguh malas nak taip panjang-panjang, jadi aku akan keluarkan dalam bentuk point.

pergi ke Melaka adalah untuk assignment subject Photography dan untuk buat Photojournalism. pergi ke Melaka juga adalah gabungan dua class graphic sem tiga. adalah seramai tiga-puluh-dua orang pelajar dan dua orang tenaga pengajar.

Hari Pertama.

- semua berkobar-kobar. sampai saja Melaka sudah petang, dan kami diberi pelepasan untuk berjalan sambil menyiapkan assigment di sekitar bandarraya Melaka.

- keluarga aku datang ke Melaka kerana terlalu merindui aku mungkin. ceit! perasan! keluarga aku datang ke Melaka untuk menghantar barang yang aku pesan. maka aku pun melepak dengan keluarga aku.

- dari petang sehingga malam aku melepak bersama keluarga aku. malam barulah aku join si kawan-kawan. itupun sudah tengah malam. malam keluarga aku pulang ke rumah, dan aku kembali ke tempat tidur yang di tempatkan.

- cuba memahami apa itu photojournalism.

- masalah besar berlaku. camera mula buat hal. lens problem.

Hari Kedua

- bangun pagi. lawatan ke UiTM Lendu, Melaka. melawat studio photography mereka. aku sangat terpesona atau erti kata lain suka gila dengan alatan-alatan di studio mereka.

- belajar serba sedikit tentang camera dan alatan dan juga berjalan jauh dari studio photo ke fakulti seni lukis dan seni reka. ( biasa dekat kampus tak perlu jalan jauh )

- selesai sesi lawatan, kami pergi ke bandar Melaka semula untuk terus bikin assignment.

- mood aku tidak baik. camera mula buat hal sehingga tidak boleh shoot langsung. mula kusut. jadinya aku merayau di Jonker Walk seorang diri bagi menenangkan diri serta bagi mencari port-port best untuk shooting sementara menunggu bantuan camera dan lens sampai. sumpah, time ni aku kusut gila!

- malam, aku masih seorang diri. bantuan lens dari kawan yang belajar di UiTM Lendu pun sampai. keluargaku sekali lagi turun ke Melaka semata hantar bantuan camera. alhamdullilah, kerja diteruskan lagi tapi dengan keadaan yang sangat aku tak puas hati. duhh!

- selesai shooting, malam ini aku bermalam dengan keluarga di sebuah hotel murah sahaja. kepala masih kusut kerana shot aku sangat sedikit.

Hari Ketiga ( hari terakhir ).

- pagi-pagi bangun untuk shooting lagi. shooting di sekitar Jonker Walk bersama keluarga.

- bertungkus-lumus untuk dapatkan shot-shot bagi cover balik hari semalam.

- pulang ke tempat penginapan pelajar-pelajar lain, kemas-kemas dan check out.

- proceed gambar. alhamdullilah. berbekalkan shot yang "so-so lah" dan yang sangat sedikit, kerja diterima.

- diberi kelonggaran untuk shopping. tapi aku masih bersama keluarga dan terus cari shot-shot yang menarik.

- berpisah dengan keluarga, berkumpul dan pulang ke kampus.

aku memang tak banyak lepak dengan si kawan-kawan. maaf. aku pun tak shopping apa-apa. aku kusut dengan camera. camera kesayangan pun selamat dibawa pulang oleh keluargaku. sigh.

apa yang aku dapat belajar sepanjang trip ini :-
- belajar apa itu photojournalism dan aku sangat sukakannya!
- belajar urus stress pada waktu genting.
- belajar berdikari.
- belajar untuk berkomunikasi dengan orang ramai.
- belajar untuk jadi ketua bagi sesuatu projek.
- belajar untuk kentalkan hati. duhh!


p/s : gambar photojournalist aku nanti kemungkinan akan diuploadkan ;P\
p/s/s : bahasa tunggang-langgang. badan aku sedang sangat tidak sedap waktu ini.


No comments:

Post a Comment