Oct 7, 2010

Masalah

aku nak update pasal trip pergi Melaka. tapi apakan daya. beberapa kali aku cuba upload gambar, semuanya mengecawakan. lambat gila! aku pula memang tak larat nak tunggu lama-lama depan lappy kesayangan ini. bila tak ada gambar aku tak bersemangat pula nak cerita. jadi, aku rasa cerita tu aku postpone lah ye? maaf.

bagi menjamu mata kau-kau semua, aku sudah pun tukar header ( lagi?! ). bagi yang setia mengikuti, aku tahu, header aku sentiasa bertukar-tukar, tapi post-post masih tak bertambah. duhh!

sekarang aku sudahpun masuk bulan-bakalan-mati. final nak dekat, dan bila final aku pun bertukar jadi zombie. kerja banyak wei. hadoi. serious aku tension.

okay aku ringkaskan perkara-perkara yang jadi pada aku sehingga semuanya membebankan aku.

 - outing ke Melaka. part ini sangat best. belajar benda yang memang sangat aku suka, tapi malangnya camera kesayangan aku rosak. nasib baik bukan body, hanya lens. tapi betulkan lens pun makan beratus ringgit, maka camera aku selamat dibawa pulang ke rumah di Kajang untuk difikirkan apa tindakan seterusnya. untung ada rezeki dapat camera baru kan? aminn.

- rimas dengan sesuatu / sesiapa di Melaka hingga menyebabkan aku kebengangan. maka aku memencilkan diri dan sedikit sebanyak menenangkan aku serta mempelajari tentang keadaan sekeliling, manusia dan sebagainya.

- sekali lagi kebengangan melanda dengan masyarakat sekeliling apabila pulang dari Melaka. nama tidak dinyatakan. mungkin kau, atau kau. jadi, jangan terasa.

- outing untuk subject drawing. lukisan tak menjadi. aku letih. letih pulang dari Melaka pun tidak hilang lagi.

- dapat tahu semua work kena tunjuk by next week. ini paling suck! esok, tiga hari aku kena pergi camping. jadi maknanya aku cuma ada lima hari untuk sediakan assignment-assignment itu. camping ini sangat semak!


berat bahu aku. dan aku lihat keliling semua macam tak kena, semua macam palat. duhh! aku tengah tension. jangan cakap dengan aku. aku cuma mahu kawan yang betul anggap aku kawan. sigh.

*oh warna-warna aku, aku rindu kau kau semua dan aku mahu kau kau semua ada dengan aku sekarang :(
**badan tak sihat. Mr Morphine dah bising, so esok harus ke clinic.

No comments:

Post a Comment