Oct 25, 2010

...

maaf. lambat lagi update blog. ayat klise lagi. duhh! aku rasa pasti kau kau tau apa lagi aku nak update. pasti tentang kerja lagi. hahaha. kesian kau kau semua bosan. tak habis-habis dengar pasal kerja konon-macam-bagus. shait! aku mengarut dekat blog konon-macam-bagus ni pun mesti pasal kerja. kalau pasal love story, eh ayat kena melayu, pasal cerita cinta memang salah lah masuk port. sebab cerita cinta aku untuk kita-kita je. okay aku tipu. aku pun tak tahu lah apa aku merepek-meraban sekarang ni. aku rasa macam mahu maki diri sendiri. rasa mahu klon diri aku, suruh duduk depan aku dan aku mahu maki kuat-kuat. boleh?

duhh ~

minggu ni assessment. kerja yang untuk di assess kan tu memang sikit je aku mula. lepastu minggu ni si tuan besar nak tengok canvas. mahu bagi carry-mark. kalau tak ada, nampaknya jumpa lagi sem depan. subjek kegemaran punya kerja pun sangkut lagi ni. mak aihhh.. memang bunuh diri aku ni. kerja tak berapa nak kegemaran pun kena siapkan dalam minggu ni. haih. nampak sangat memang aku ni perasan konon superwoman boleh siapkan semua laju-laju. haih.

lagi satu masalah agak besar, duit. nak print semua-semua tu pakai duit. bukan bancuh warna sendiri kemudian cat atas kertas dalam bilik. haish. dekat sini print banyak-banyak pun memang tak nak kasi diskaun. kesian kami student-student ni. 'sori lah beb, bisnes is bisnes no matter who you are'. shait! aku rasa memang laku kalau buka bisnes printing kat sini. janji kau jangan nak charge mahal sangat lah kan? okay, kalau ada sesiapa berminat silakan. penat dah aku minta duit kat parents. hmm. nak kata pergi joli memang tak lah. bandar tu pun baru berapa kali je aku pergi sem ni. bilik ni je jadi sarang aku.

argh. serabut lah.

untuk kau-kau semua, wish me luck untuk final ni. sumpah aku tak larat nak ambil mana-mana subjek sekali lagi.

p/s : 17 hari lagi mau balik.
p/s/s : nah, aku tunjuk kerja aku konon-macam-bagus. memang tak puas hati langsung aku!

kerja illustration aku. baik kau-kau semua pejam mata. karang buta.
 
magazine spread. salah satu kerja aku suka nak buat. tapi hasilnya masih hampeh.

kerja typo aku. buruk! ergh!

kerja typo aku juga. duh~

amaran keras : please respect me. walaupun buruk tak cantik mana, tolong jangan suka-hati atau susah-hati curi kerja saya ini. terima kasih :)

2 comments: