Sep 22, 2010

Aku Tension!

tak payah aku nak cakap panjang-panjang kan? AKU TENSION.
sengaja aku besarkan perkataan itu sebab kali ini memang lain dari biasa. aku tak mampu nak kawal.
rasa mahu lari jauh-jauh, pergi tempat yang luas, yang depannya ada satu cermin besar, pasangkan lagu, menari ikut jiwa. sungguh! menari untuk jiwa aku yang betul sedang tertekan. hmm.

kerja makin menimbun, final makin hampir dan aku makin takut. takut aku tak mampu untuk teruskan. takut aku akan kecewakan orang tua aku. takut aku akan kecewakan diri aku yang sedia ter-kha-chi-wa ini. takut aku akan gagal mana-mana kertas. DAMN !

*rasa mahu nangis.

aku bukan superwoman. yang mampu tahan semua beban.
ala, adatlah. nama pun belajar kan?

*tarik nafas dalam-dalam

hari ini hari sial aku mungkin. kerja-kerja tak menjadi. bukan apa. empat kali kerja muka taip aku tak dapat diselamatkan. sedang aku kusyuk untuk siapkan kerja muka taip aku, komputer terpadam dengan tiba-tiba. mana aku tak tertekan weh. bukan sekali, atau dua. EMPAT kali! belum kira lagi yang terjadi ketika aku di kampung dulu. mak aih.

AKU TENSION.

2 comments: