Aug 12, 2010

tunaikan janji

aku dah berjanji, now aku nak tunaikan janji. aku nak cerita tentang aku pergi Pertandingan Melukis Citra Terengganu hari tu. tolong jangan salah faham. aku cuma pergi, aku tak take part. TIDAK sama sekali. mimpi je lah kalau aku take part.

pertandingan tu diadakan di Muzium Terengganu. setiap tahun ada pertandingan tu. siapa-siapa pun boleh take part kalau tak silap. aku pun bukan tau sangat. ada lah beberapa orang dari UiTM Kuala Terengganu ni take part. lecturer aku pun ada seorang take part. yang take part ni pun semua drawing dah superb-superb. tak boleh nak kata apa lah kan?

lepas je settle class hari Isnin aku gerak pi sana dengan kawan-kawan. first-first sampai je sana, tengok mereka yang take part dalam karya spontan, aku terus kagum. pertandingan ni ada dua kategori. kategori spontan dan kategori siap. kategori spontan kena siapkan dalam masa tiga hari dengan masa yang ditetapkan manakala karya siap pula yang dah siap lama dah *kalau tak silap aku. aku pergi pun masa hari final, so karya spontan pun dah siap. memang gempak. kalau aku take part, confirm aku kalah sebelum pertandingan. kesian gila aku tak pandai melukis. haish. apa yang aku nampak, ramai student UiTM Melaka dan UitM Machang, Kelantan. keberangkalian mostly ataupun semua memang budak fine art. memang superb lah kan. aku memang tak mampu nak buat macam depa. ramai juga pelukis-pelukis veteran yang take part.

pertandingan berakhir pada pukul 12 pm, pukul 2pm pula majlis penyampaian hadiah. hadiah dia besar juga lah. masa penyampaian hadiah untuk karya spontan, hadiah saguhati di monopoli oleh budak-budak UiTM Machang, Kelantan. jap, tak pasti lah student ke lecturer. mula-mula agak kecewa sebab tak ada dengar pun nama kampus aku. lepastu sampai saja tempat pertama, nama lecturer aku dipanggil. finally, ada pun. first place plak tu. huish! congrat lah sir sebab memang first place karya spontan. lecturer aku draw menggunakan medium charcoal on  box board. memang sangat berbaloi dia menang. lepas dah sette majlis penyampaian hadiah, aku pergi tengok lukisan-lukisan pemenang. sangat superb. aku suka lukisan pemenang pertama karya siap. tajuk dia 'Batu Bersurat'. sangat coollllll wehh. haish, aku tak sempat ambil gambar, so maaflah ye. lagi satu yang aku suka karya pemenang hadiah khas juri. tajuk drawing dia 'Tasik Kenyir'. air yang dia lukis real. macam gambar je aku tengok. haish.

itu jelah cerita aku. memang tak ada apa-apa pun. lately ni malas sikit nak sentuh blog. maaf. gambar ada sikit je, nanti lain kali aku upload lagi. malas :) 

atas : An artist. bawah : salah satu karya kegemaran aku.

No comments:

Post a Comment